Thursday, December 31, 2009

good bye 2009


tik tok tik tok~

the last entry for year 2009

azam baru?perlu ke?

but i just try to be better than before

may this 2010 will be blessed all the time

always remember for 2010,

life is short

break the rules,

forgive quickly

kiss slowly

love truly

laugh uncontrollably

never ever regret anything that made u smile

enjoy the last moment of the 2009

goodbye 2009

hello, welcome ohh 2010

Thursday, December 24, 2009

ohh lya......♥


happy birthday my dearie nor azalya
25th december 2009

may allah bless u forever

♥jangan gado2 dengan ustat,haish~~


♥jangan ingat ronggeng je tapi tak ajak aku..tah pape tah~dlu kalau nk berpoye2 dgn enset tau lak dtg dorm aku, siap amik lagu lagi =ppp


♥cuba la jadi budak baek macam aku. haha

♥best wishes bebeyh. eventhough we are not a closed friend tapi aku sayang la jugak kat kau. kau tak syg aku ke?haha

tadi macam banyak je nak pesan.
tiba2 je dah lupa
okey la, nanti kalau aku ingat aku wish lg untuk next year

*picture ini hak cipta terpelihara*

sila lah terharu dengan special wishes ni =))

Wednesday, December 16, 2009

dear angah

all the best in your exam

i know u can do it

we pray for your success


if u know that we are really proud of u



adek,wan,angah




mama,angah





suddenly missing u so much

lame la pulak tak gaduh kn

and we miss u so much

ququ kalau call mesti dia tanya "angah ada?"

haha


suddenly teringat moment yang betul2 menyayat hati,
the very touching moment ever



..::end::..

apa yang nak ditaipkan?




salam......

penat.sangat mengantuk.
tu lah condition aku sekarang
dengan class yang sangat lame,
bajet 1 subjek sume 3 jam kecuali lab 2 jam je
3 hari class pukul 8,dah 3 sem kot kalau tak silap takde class pukul 8
memang la susah nk bangun.
and assignment
sudaa dapat 2 bijik daripada mr veeraiyah
amek kau,2 skali die bagi.haha
"no need to worry aa" bak kata beliau. =))


by the way, sangat sangat rindu nk dukung putput aka putri,
rindu jugak nak dengar ququ pot pet pot pet


putput buat muka ketat =))


with the beloved thing.haha


not to forget, she's the big sister of ququ and putput



also,sangat rindu sayang saya *sad*
bila kite nk keluar ni? huhu *sad again*



qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmergbjikjnbvcdsertyuioljhvcxsawertgygfd

ok dah penat dah
nak tido

babai sume
selamat malam
have a nite mare sume
assalamualaikum

Wednesday, December 9, 2009

marilah senyum..







baru tadi ada seorang kawan yang send forward message kt ym, tersenyum =)
terhibur la jugak kn
mesti la kena share dengan orang kan kan?
marilah menghappykan diri..ayuhhh~~




1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI...



2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!



3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!



4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ...



5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"



bila baca balik cam tah ape2 tah pn ada jugak kn
tapi takpe laa
it's a joke.
life is not too serious
then why so serious?
haha




peace babe!





...:::sekian:::...

yeayy!

finally i know how to change the layout, move and drag the toolbox etc~~



monolog dalaman:lepas ni jangan la tangan ni gedik nak tukar layout tiap2 hari, mcm tak de keje laen je kamu ni kina.cett~




dengan tak berape malu nye mengaku nak edit kecantikan blog ni



thanx for your support ,almost fade up
(miss jue)




haha
(laughing at myself,who cares? =p)




finally,my blog is getting BEAUTIFUL



hip hip hoorayyy~~~~

Tuesday, December 8, 2009

happy birthday my dear.


happy birthday to you

happy birthday to you

happy birthday to you sayang

happy birthday to you~~

may ALLAH bless u always semoga pajang umur, dimurahkan rezeki dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat have a great time ever all the best in your life






I never knew about happiness; I didn’t think that dreams came true; I never ever believe in love, Until I finally met you.


heart;
sakina
08/12/2009
12.00 am

Monday, December 7, 2009

kenangan bersama


location: port dickson

date: 9th-10th november 2009


kenangan yg mesti tak lupe punye lah the last moment with some classmates yg dh habes study or in last semester




activities:



5.00pm-7.00pm:
  • berkumpul,berbincang dan berdoa sebelum bertolak
  • ujan sgt lebat
  • sejuk oooo~~



incik khairul recited the doa =)



7.00pm-8.00pm:
  • membersihkan diri,bermanja2 di dalam penthouse masing2 between penthouse girls n boys
  • tunggu time utk dinner -bbq-






scary scary pn tetap mau captured.haha =p



di perkarangan reception.kesian the boys tunggu lama.lihat lah di bawah sana.kesian mereka



walaupun mereka terpaksa menunggu dengan penuh lama,tapi mereka masih tersenyum,haha =)



ni pula model sambilan yang merekomenkan hotel ni.cun kan mereka?haha =p




8.00pm-11.00pm:

  • went to bbq which prepared by the resort
  • makan2 smpi kenyang sangat2 (menu: ikan bakar,ayam bakar,kambing bakar,mee goreng yg agak sedap,agar2 yg boys ckp tak sedap tp mmg betol pn,sosej bakar,coleslow,salads,wedges,tu je kot)
  • some friends made the last speach,the very touching moment =(
  • bila dh kenyang dgn tak bersalah tapau makanan yg tak abes (rugi tu bayar mahal2,mlm nt mst tringat punye lah! =p)
  • lepas makan,snaps some picturessssssss sebagai kenangan manis






  • pegi pantai same2,boys main futsal pantai (mereka meletakkan name futsal pantai tu sendiri) ,kitorg join 10 minit je kot sbb kne buli, tak dapat bola pn =( tp takpe, kami main pasir je,menari tango.haha =)
  • pulang selepas berpeluh basah gile, =)) dan masing2 kebacinan kerana maen tadi.=p
cute kan mereka?haha.lawa sgt pose dorg kn? (ehem2,ada anuar zain di situ)


last captured at the beach,after finished the futsal pantai =)



this entry part one is over.to be continued bila saya free dan finish update the pictures.

actually banyakkkk sangat picture yg cun2 tp ni selected pictures yg betol2 malatop sahaja =)



..::sekian,wassalam::..

-->

dan sebenarnya..

dan sebenar nya amat banyak yang terbuku di hati tapi tak tercapai tangan nk menaip



sebenar nya jugak aku ada banyak sangat benda yang nak di'post'kan sekarang



di antaranya
  1. entry time vacation with my calssmates TAPI nak tunggu gamba dari cik amin.banyak rasa nye gamba yang besh besh dan menarik perhatian.haha
  2. entry special edition ber'BBQ' with family members.ni besh ooooo..tp tu laaa,bila kemalasan melanda.tapi akan diterbitkan jgk entry tersebut untuk kenangan.
  3. entry tah pape untuk diri sendiri mengarut.entah kenape sejak dua menjak ni rasa banyak sangat benda yang nk ditaipkn tapi tak keluar2 lagi,heran betul kn?aku pelik gile ni =))


..::wassalam::..

new semester



this is my new semester,the last semester of coz (ni lah sem yg aku tunggu2 selama ni)

pointer yg agak puas hati [alhamdulillah =) ]
tapi..........agak homesick since 1 month holiday,
wake up at the noon dikelilingi family members di dalam bilik yg sangat sejuk =))

(sape tak homesick kan.haha)


sangat rindu kawan2 yg dah habes study

misha...hany...kejam nye korang habes study dlu

tinggal aku sorg

bapak bosan gilerrr!

=((




lihat lah kecomelan kami yang sangat terserlah

kn?

sume setuju kn kn?

=))

mekasih...korang memang baek sebab jujur
*blushing*

Saturday, November 28, 2009

kalau tak suka,pulangkan balik....

baru td aku tengok cerita taubat nasuha kat tv3.teringat pulak cerpen ni yg dh lama aku baca.memang serupa jalan cerita.touching sangat drama tadi =(

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. 'Horey! Papa balik!' Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

'Tepi! Bahaya tau tak?' Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

'Aimin bawa adik ke belakang.' Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

'Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,' pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

'Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!' Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. 'Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak . Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?' sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

'Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.' Balas isterinya lembut.

'Fail saya kat depan tu mana?'

'Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.'

'Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.' Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

'Laila…' Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

'Saya nak ke out station minggu depan.'

'Lama?' Soal Laila.

'Dalam seminggu.'

'Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?'

'Budak-budak?'

'Ikut jugalah.'

'Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu…'

'Masa tu Amirul kecik lagi.' Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ' Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.' 'Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,' Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya.

-------------------------------------

Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

'Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!'

'Manalah saya ada masa..' 'Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!' Dia tersentak dari khayalannya. 'Kalau tak suka pulangkan balik!' Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. 'Mizi, makan!' Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. 'Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.' 'Papa! Makan!' Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. 'Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?'

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

'Awak masak apa?'

'Mama masak sup tulang dengan sambal udang!' jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

'Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!'

'Papa nak ke mana?' Soal isterinya perlahan.

'Keluar!'

'Mama dah masak Pa!'

'Awak saja makan!'

'Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!'

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. 'Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?' Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. 'Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.' 'Abang tak suka tengok papa marah-marah..' 'Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?'

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

----------------------------------------------------------

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

'Laila..' serunya

'Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.' Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

'Sunyi pulak rumah ni mak,'

'Lama-lama kau biasalah.'

Airmatanya menitis laju. 'Kalau tak suka pulangkan!' Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

---------------------------------------------------------

'Papa beli apa untuk Aiman?' Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

'Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.'

'Tak ada lah?'

'Ingat papa ni cop duit?'

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. 'Awak tak sihat ke?'

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

'Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.' Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

'Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!' Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

'Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!'

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

'Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan.' Ujar Laila perlahan

'Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , pecah barang. Gila apa?' Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

'Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.' Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. 'Celaka betul!' Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. 'Abang!'

'Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!' Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

-----------------------------------------------------

'Pak Ngah, Eddie nak balik!' Shamizi terpana. Dia mengangguk. 'Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.' Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

'Papa nak ke mana hensem-hensem gini?' Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. 'Wangi-wangi lagi. Dating ye?'

'Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.' Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

'Ikut boleh?'

'Dia tak ajak family. Staff only!' Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. 'Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.'

'Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. '

'Papa pesanlah..'

'Nantilah besar sikit.' Dalihnya.

'Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.'

'Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,'

Laila terdiam. 'Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.'

'Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.' 'Mama tanya sikit boleh?' Dia mengangguk 'Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?'

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

'Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,' ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

'Kalau tak suka pulangkan!' Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. 'Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!' Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. 'Kalau tak suka pulangkan,'

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------

begitu lah kisah nye.kisah dalam cerpen atas ni memang 99% sama mcm dlm cerita kt tv td.sedih ooo~sobsob~~
semoga menjadi iktibar untuk kita.
hargailah sesuatu sebelum kita menghadapi kehilangannya...


=)

Thursday, November 26, 2009

nur kasih


can't wait for the final episode tomorrow nite!

harap2 ade kt rumah~
=)

selamat hari raya aidiladha


selamat hari raya aidiladha
maaf zahir batin
;)

Monday, November 23, 2009

malang tidak berbau


date:17th november 2009

time:11.00pm-12.00pm

mangsa yg terlibat ialah wan and ququ








SYUKUR ALHAMDULILLAH mereka tiada kecederaan serius
wan luka kecil je di tangan

punca sebenar:wan ingat ada lori potong tapi takde pn
(jalan raya tu mmg berhantu kot)


Friday, November 20, 2009

03/11/2009



thanx for the birthday wishes!


also thanx for celebrating together with me!



makan2 of coz-->kampung baru mari~~

bukit ampang-kl view at nite

cheras downtown-jalan2 abes kn mase


kg baru





thanx to amin,ika,nisa,suhaimi
=))

Thursday, November 19, 2009

cuti sem yg sgt relax~


semester break bermule!

(sebenar nye dah seminggu dah pun cuti..hehe)


cuti ni nk blogging byk2 (kot lah,kalau rajin)

semestinye cerite dari sem lepas,sgt besh kot!

tak dilupekn cerite2 baru

=)


my first entry

ini blog saya!
finally i have my own space to talk!
happy reading guys!
=)