Saturday, December 31, 2011

bubye 2011!


assalamualaikum, the windy Saturday, i love much ",

less than 8 hours, the year 2011 is leaving us..



semoga 2011 menjadi pengajaran dalam hidup kita


Wednesday, December 21, 2011

Day 23 – 15 facts about you

assalamualaikum semua, happy tuesday!

fact #1 -  emotional
ye, aku seorang yg emotional. aku mudah emotional dengan situasi yg kurang menyenangkan, menyakitkan hati, marah, benci dan negative feelings. 
contoh nye, kalau aku tak puas hati terhadap sesuatu perkara, seperti carry mark microcontroller aku sikit nak mati, aku memang cakap dengan membe aku dengan penuh perasan menci, dan juga ada mengeluarkan katakatakesat eventho mencarut ke lecturer itu. memang aku dah marah sangat lah tu. tapi perasaan marah itu bersebab dan bukan suka2 juga aku nak cacimaki orang ni.

fact #2 - rational
ohh ye,walaupun aku emotional, tapi aku tak melulu menuju ke sesuatu yg aku kurang senang tu. aku masih rasional lagi. 
macam facts #1 punye contoh, kan aku tengah marah kan, then aku pergi jumpe dengan lecturer tu along with my friends. takde lah aku nak cacimaki dia, aku rational lagi, aku still fikir dia orang tua yg jadi lecturer aku. eventho aku macam nak tonyoh je muka dia!

fact #3 - penjimat
aku boleh control alir keluar duet aku. nak kata aku tak shopping, aku memang kaki shopping tapi aku waras sampai takde lah duet aku asyik nak keluar je. contoh nye, aku tak habis kan duet nak pergi merendek je memanjang. orang keje makan kat TGI, fullhouse, starbuck ke whatever (plus benda tu pun aku ragu2 kehalalan nye) tapi aku belum ada nafsu lagi, belum teringin nak pergi tempat yg too expensive as a student yg melukut dengan duet pinjaman je. kalau aku rasa penting, aku akan spend money. if not, just keep the money in the pocket!
aku ada saving sendiri since i was in college. time tu aku memang saving habis sebab aku jarang sangat kelua, sebab so busy dengan study. tak macam sekarang, nama je degree tapi takde la busy mana macam kat college dulu ........ keje nak enjoy je~

fact #4 - suka tempat tenang
aku suka pantai, taman, something yg tak bising, crowded. sungguh best untuk tenang kan fikiran.

fact #5 - looking forward
kalau semua kawan2 seangkatan yg tengah study dengan aku fikir nak enjoy je, shopping and so on, aku pun tak terkecuali. tapi aku fikir lebih sikit, how to make myself have more than others. that's why i run my own business. since i was in sem 1 at bmi, i started my business by selling perfume. then berkembang sikit aku jual handbags. now i'm still in planning to do something else. 

fact #6 - love to write
yess, i love to write, that's why i owned my blog. kadang kadang, cakap je tak guna. rasa tak puas. so i write. eventho masalah tak selesai tapi rasa lebih ringan sikit beban. aku juga ada buku akaun sendiri, everyday i write how much i spend my money. then i calculate per week how much i spend. then i can realize betapa banyak nye duet aku masuk dan keluar. so aku jadi lebih jimat :p
aku ada jugak buku untuk sukasuka, i put the best pictures inside, alah, ala ala macam buku diari bergambar tu :D

fact #7 -  matured
aku rasa aku berfikiran matang. i don't mess my life with small things. gaduh dengan bf ke, merajuk sebab stupid things ke, it's not me. i don't give a damn in my own life. 

fact #8 - i am not choosy
it's a part of me. somehow i hate people judge me, so do i. i don't care how's my friends look a like, cantik ke hensem ke kaya ke miskin ke. ye la, orang sekarang (tak semua, jap gi ada nak sound sound aku pulak) nak kawan pun bukan main memilih. kalau memilih yg baik2 takpe.. ni tak, nak kawan yg up up je, yg macam hot hot, so kau akan sentiasa diperhatikan (konon, padahal yg menyampah tengok kau tu kau tak kisah pulak)

fact #9 - don't entertain anon
kalau orang yg aku tak kenal tu, takde lah aku terhegeh nak berkenalan especially lelaki. as im not a girl yg keluar sesuka hati dengan anyone. kalau yg aku tak suka tu lagi lah. euw! maruah ok~

fact #10 - suka tempat sejuk
aku lebih suka tempat sejuk terlampau dari  tempat panas terlampau. haha

fact #11 - suka kunyah ice cube
aku kunyah macam keropok je. tapi ice cube ni banyak jenis. ada yg rapuh, ada yg macam senang nak kunyah, ada yg keras nak mati. yg jenis senang ni aku memang layan la, yg keras tu aku tak pandang. so aku tau la nak cari kat mana ice cube yg best best tu. haha

fact #12 - no caffeine
aku tak boleh minum nescafe, tea, latte dan sama waktu dengan nya. nanti aku akan shaking di bahagian tangan macam orang parkinson. kalau setakat teh ais tu ok lah lagi tapi teh yg pekat2 gila tu omg!

fact #13 -  waiting is not my second hobby
i hate waiting, really hate it! don't make me wait for u. kalau dah janji dengan aku pukul 12, maksud nye pukul 12 dah siap ok, bukan pukul 12 baru kau nak terhegeh2 nak siap. 

fact #14 - first impression is important
kalau first time aku jumpa someone, then dia buat muka atau kurang mesra dengan sengaja tapi dengan orang lain dia ok, means forever aku akan rasa tak senang dengan dia. sekali buat pasal, memang aku ingat laa.

fact #15 - tak pernah mintak duet parents
aku tak pernah mintak tapi dorang yg bagi. haha. aku ni FAMA, elaun bukan MARA kasi. so duet yg aku dapat sebulan sekali tu la aku guna. tak cukup? sorry, it's more than enough. apa yg aku beli semua dengan duet aku sendri atau duet yg memang dorang dah kasi. so takde aku nak mintak extra pocket money. handphone baju seluar tudung segala2 nye lah duet aku..
tak rasa useless ke mintak duet parents? kan elaun dah ada. tak cukup ke? aku dapat pun amount yg lebih kurang sama dengan  MARA kasi~

ok done! jenuh aku fikir~

something to share :)


assalamualaikum~

siang tadi busy, cewah busy konon...

separuh hari di luar

maka nya, video ni je yg mampu hari ni ;)


video

esok saya free, nak update 10 entry. haha

ok bubye!

Monday, December 19, 2011

mari memasak mushroom pie pasta ^^


assalamualaikum people, how are u? rajin tak i update 2 kali hari ni? ^^ (esok lusa hilang pulak seminggu)

hari ni saya baik hati nak share dengan korang 1 recipe yg sangat amat mudah iaitu mushroom pie pasta..

bahan bahan nye ada lah
400 gram pasta
1 tin besar mushroom cream (ala, yg brand Campbell tu)
1 tin susu cair
1 kiub pati ayam
serbuk black paper
garam secukup rasa


cara cara nya:
-rebus pasta sampai empuk ye. then, tos kan dan biar kan mereka sejuk dengan aman.
-setelah itu, gaul kan pasta dengan semua bahan ye. kiub pati ayam tu, potong kecik2 dan hancur kan sebab nanti dia berketul ketul dalam pasta dan tak sebati.
-kemudian, masuk kan dalam aluminium foil atau bekas loyang yg sesuai..
-bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celsius dalam masa 30 minit.
-depends dekat oven korang, kita bakar ni nak bagi sos tu semua sebati dan melekat dengan pasta tu, jangan lama sangat nanti pasta tu terlalu masak, kurang sedap bagi saya.

saya guna jenis pasta macam kat bawah ni



ni bahan banhan asas dia



 kacau sampai sebati macam kat bawah ni


masuk kan dalam loyang, tekan sikit bagi bawah dia tu tak kosong


ni rupa nya bila dah siap, saya tak suka letak tebal tebal dalam loyang, biar nipis, so ala ala pizza..



suggestion:
-btw, itu adalah bahan2 asas yg saya tengok dalam buku recipe mama saya. 
-saya tambah sos spageti kimball yg ada mushroom itu. just gaul je dengan semua bahan, ikut suka nak letak banyak mana, saya letak half dari botol yg saiz besar. 
-korang boleh jugak letak sosej yg diptong kecil2.
-then, boleh jugak potong cheese yg slice tu kat atas loyang yg dah berisi pasta sebelum masuk oven, so bila cheese tu cair kan sedap ^^
-nak letak daun2 cam parsley ke, whatever pun boleh...
-nak letak sardin ganti sos spageti pun boleh, rasa tuna kan? ;)

macam macam lah~

gumbira saya masak benda ni, bawak 1 loyang besar kat rumah atuk, then habis licin less than 2 hours.
ququ siap bisik "sedap, nanti along buat lagi" auuww! malu saya :D
ilhanz pulak duk ulang suruh mama dia suap ;)
iwan makan sampai mama dia sound nak habis separuh...

ni la ququ

ni pulak ilhanz

ohh ini pula saya, kiri itu cinta laura ^^


simple kan? penat dah saya gebang, sila la cuba. rasa pun not bad...

:)

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently

assalamualaikum, happy monday!

again, i skip day 20 and 21. haha

this 1, i truly want that person read.

_________________________


hello aunt.

stop being deaf and dumb
u are old enough to take care of your daughters
to take responsible for everything u left behind before
don't be greed, don't pretend to be innocent
don't said that nobody understand u
because u never make things correctly
u did things like a fool
u never stop being greed
u betray even your mom and dad
u are such a cold person

can u stop being fool like that
because everyone start to hate u
people have their own responsible
when u start to do something, u start to burden others
do u know that?
i bet u don't even know

wake up, u are no 20y/o young
u are a way to 40's
be matured, don't depends on others
the most things, THINK!
don't selfish

________________________


hello uncle

can u please be a man?
u are so coward
or even i can call u DAYUS
can u please be more responsible?
can u use your brain in a right way?
guide your wife, guide your family


__________________________


it such a burden.
i heard so many new bad stories everyday since i was start my holiday, about 4 weeks

day by day,
story by story

then i know how's tok felt, she sacrificed till the end of her life
then i realize how she thought hardly
even i can't see her face calmly till the end

dia pergi dengan perasaan kecewa, merajuk, kecil hati
anak sendiri kurang ajar, tak hormat kan dia
anggap macam patung bernyawa dalam rumah tu
kurang ajar sungguh, semoga kau dapat balasan nanti


jangan sampai satu hari aku sendiri tak tahan tengok perangan korang yg sangat memualkan tu, aku sendiri cakap macam ni.

________________________


ok, sungguh emosi kan?

bye!

Sunday, December 18, 2011

Day 19 – A picture of something you want to do before you die


assalamualaikum semua, happy sunday!

by reading this entry, u won't realize that i just skip that:

Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

haha, sukati ai je kan? my blog, my rules! actually, i just fell boring with a few titles of 30 days challenge
ni because i dunno how to write and plus i don't have any feeling to write. so, from i waste my time to think the thing that i don't really like to write, better for me to continue my writing in something that i love to write. so i just choose some that really catch my mind ya, please forgive me ;)

Day 19 – A picture of something you want to do before you die


i wish i can go there someday, perform my haj.. 



ok guys, later i will update more about the wedding of my aunt, achik and his husband, faiz. i just got the pictures, now i still need to edit some and please wait people! :) (teaser of their wedding, click here!)

till then, take care people!

Thursday, December 15, 2011

Day 16 – Short term goals for this month and why


assalamualaikum :)

short term goal for this month?

only one, to wake up early. haha

 aku tidur ada la macam ni lebih kurang rupa nye :p

i dunno why but i do love sleeping. haha


why?

because next year dah start semester baru so i plan to wake up early and try to do something useful rather than sleep.

this goal insyaallah will be continuous.

any goals for this month?

i wanna cook tart or egg tart or cheese cake actually but let see ^^



anyone with those recipes yg simple and tak guna barang2 yang leceh? 

do share with me people :) 


tiba tiba cuak fikir pasal result!


assalamualaikum, selamat pagi khamis

aku belum tidur sebab re-install google chrome. google chrome aku macam gila lately..

baru bukak 5 minit dah stop loading, re-open balik then jadi lagi. cis!


aku baru bukak e-citie, bagi yg bukan student unikl bmi, e-citie tu just like student portal, nak add drop subject, check result and so on...

aku cuak wey fikir result, mintak2 jangan fail microcontroller tu, kalau tak, memang aku appeal sebab serious tak puas hati dengan lecturer.


ye aku serious! macam nak tumbuk2 je lecturer tu bila tau carry mark aku yang rendah sangat tu, 28/60 kot wey. final pun tak bleh jawab. bukan main susah nya.

kau bayang kan, class aku paling awal submit assignment, practical test. so class lain main ambil je assignment kitorang, and boleh bajet soalan practical test. dah tu, lecturer aku boleh punya kedekut bagi markah. sedang kan yg copy pun dapat bukan main tinggi. budak class lain dapat carry mark 40/60 sampai ke 50+/60 tapi class aku? hampeh!

bila mengadu, lecturer tu cakap kami tak pasrah dengan rezeki masing masing. kepala lah dia pasrah. kalau dia tolong pun tak jadi masalah, ni programming wey, bukan maths. kami takde pun cita2 nak jadi programmer mahu pun lecturer programming macam dia~

final, nak dapat 20/40 pun langsung aku tak confident.

maka nya, kau rasa boleh bajet tak result aku?

best pulak aku mencarut kan malam2 ni. habis pahala seharian aku =,="

setiap sem ada je lecturer yg puaka~ ada je yg nak buat hal. lelaki perempuan sama je. bangsa sendiri pun nak berkira? kang aku bukak cerita aku kat kolej memang ak tidur aku malam ni. sorang pun takde lecturer bangsa sendiri tapi tak berkira macam lecturer bangsa sendiri .

Maturity is achieved when a person accepts life as full of tension.  ~Joshua L. Liebman

terima kasih pakcik liebman, saya sedang cuba!

Tuesday, December 13, 2011

Day 15 – Something you don’t leave the house without

assalamualaikum :)

hello people, this is 30 days challenge :)

day 15 is coming!
menipu je saya, day 1 complete, day 2-14 all in 1. ciss. tetiba datang day 5 ni ha :p


something i don't leave the house without?

first, i won't leave the house without proper attire; a very nice attire i mean it's enough to cover my body. u get me?

ha, korang tau tak siapa sebelah saya tu? 
yg berjubah hitam yg sweet tu adalah wife kepada sham kamikaze :)


second, i won't leave the house without my super pinky purse ;)




third, my handphone, miss experia yg semakin canggih kerana saya sudah menginstall aneka perkara best di dalam nya seperti camera application yg banyak effect seperti lomo dan macam macam lagi :D

but; i don't mind if i don't bring along my handphone but purse is the thing that i will never forget to bring it along. sebab dalam purse dah ada duet, atm card. so i can survive my life enough with them! ^^

Monday, December 5, 2011

Day 1 — Your favorite song


assalamualaikum people!

my first entry on 30 days challenge is begin :)

i have so many favorite songs. tapi lagu yg betul2 kena dengan telinga, yg sangat sedap dan bermakna ada lah lagu when i need you by leo sayer. yes, i do love lagu lagu lama.. yg zaman tv with no color. haha (selera bukan macam orang tua okay! itu nama nya sentimental)

lagu lagu leo sayer yg best jugak ada lah i love u more than i can say... fuhhh,, layan kot ^^

tapi lagu when i need u lebih best dari semua

tau tak lagu macam mana? sila la layan 


yg ni version agak funny dan tak feeling sangat.. ce search kat youtube version tangkap leleh punya...

okay lah, it's 1.30am, time to sleep

by the way;

"Barang siapa yang berpuasa besok 9 dan 10 Muharram (isnin dan selasa) maka pahalanya sama dengan 2 tahun ibadah. Sedangkan bagi yang mengingatkan dapat pahala 80 tahun ibadah."

good night :)

Sunday, December 4, 2011

30 days challenge


assalamualaikum!

happy sweet sunday people

actually dari final lagi duk godek2 belog orang, then dorang ni macam best je duk join 30 days challenge ni kan... mak pun tak nak ketinggalan nok, tambah pulak time cuti ni kan, bukan apa sangat la pekerjaan mak selain makan tido ni... maka nya, mak menyahut cabaran 30 days challenge ni..

antara challenge challenge yg akan saya sahut ada lah :


Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 – A song to match your mood.
Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 – Your dream wedding.
Day 9 – A photo of the item you last purchased.
Day 10 – A photo of your favorite place to eat.
Day 11 – A picture of your favorite memory
Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 13 – A picture of your favorite band or artist
Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 15 – Something you don’t leave the house without.
Day 16 – Short term goals for this month and why
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of something that makes you happy.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 – 15 facts about you.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Who are you?
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – What kind of person attracts you?
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

korang semua yg free macam saya, tengah cuti or whatever, jom lah join sekali..

by the way, 30 days challenge akan start anytime saya suka.. hahaha!

bye~

Thursday, December 1, 2011

temuduga tertutup, layak untuk semua peringkat umur dan jantina ^^


assalamualaikum!

happy Thursday people :)

________________________


TEMUDUGA TERTUTUP
SEMUA DIWAJIBKAN HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


takde pakai cable atau orang dalam ye!

KEKOSONGAN JAWATAN :
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara mengejut bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
1. Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
2. Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
3. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
4. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
5. Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :
Malaikat Munkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail..

best! ganjaran berbaloi baloi~~~~





pee ass: reminder for u and me :)

Wednesday, November 30, 2011

wordless Wednesday #12


assalamualaikum...

hari ini hari rabu

macam biasa, hari rabu je mesti mendung yg menanti hujan..

but Wednesday always reminds me on that day, the day that i lost someone... ehh bukan Wednesday je actually but everyday, every seconds..




sebab dah dijanjikan yg setiap yg bernyawa mesti akan mati...


Monday, November 28, 2011

salam maal hijrah dan hari ini saya ber-belogwalking.. yeehuuu~~~


assalamualaikum semua

selamat tahun baru muharram...

semoga tahun ini lebih baik dari tahun yg lalu, semoga amalan kita kali ini lebih banyak dan diberkati Yang Maha Esa :)


alhamdulillah, setelah berbulan bulan saya tak berbelogwalking, baru petang ni saya sempat...

menerjah berpuluh belog, fuhhh rasa nak tutup belog sebab belog saya adalah yg paling loser sekali tau tak +,="

ye la, belog orang lain siap ade gadget itu dan ini, lagu macam2, auto scroll la, sila kelik untuk baca entry la, macam2 laaahhh.. wahhh! jeles benar, ini bukan main2...

haish, terpegun 2 minit....

perkara dibuat apabila ber-belogwalking:

melihat header yg gorjes... fuhh, hebat ye korang
sidebar yg kreatif.. tak penah saya fikir nak sekreatif tu...
tulisan yg vogue belaka
gambar nak cun je kan korang~~ ^^
layout sooo sweet

nak cakap memang berjela, sungguh tertinggal jauh belog saya ke belakang...

oh ye, saya sudah cuti hipp hipp hoorayyy selamat 7 minggu yaaaaawww

masa untuk bermanja2 dengan diri sendiri, melakukan perkara yg disukai sesuka hati tanpa pressure di tempat belajar yg sungguh tak disukai, sungguh sungguh ye memang saya tak suka dan bukan main main punya

ok lah, nanti saya bebel lagi macam biasa saya memang suka bebel, complaint, dan sebagai nye..

dan buat tatapan sume, terima lah gambar terbaru saya, baru ambik semalam, tak sampai 24 jam... gambar saya tanpa make up ye.. saya ulang, tanpa secalit make up! haha.. ada kau kisah kan? aku pulak yg kisah~




sekian, babai.. jangan lupa solat asar, kalau tak nanti mati seksa masuk neraka~

okay, ini betul betul babai~



Tuesday, November 22, 2011

kisah seorang pak cik tua menemui ajal


assalamualaikum
selamat hari selasa..
hip hip hoorayyy malaysia menang bola sepak untuk sukan sea semalam...
puas hati kan?

by the way, kali ni nak story pasal cerita seorang pak cik yg berumur around 72++
ini kisah benar yg belaku di masjid taman permata kat area taman melawati tak silap
kisah ni baru je berlaku around 2 or 3 weeks 

pada suatu malam jumaat, hari khamis la kan, waktu maghrib
pak cik ni ke masjid macam biasa nak solat maghrib berjemaah...
kemudian lepas solat maghrib, pak cik ni minta pak imam dengan semua jemaah lain baca kan yassin untuk pak cik ni sempena birthday pak cik tu jugak at the sme day...
ok fine, pak imam tu pun baca kan dengan jemaah yg lain...
then pak cik ni request nak azan untuk solat isyak, pak imam pun cakap fine, sila kan....
tiba je waktu pak cik ni azan.. 
time Asyhadu alla illahaillallah, tiba2 nafas pak cik ni terus hilang...
dia meninggal lepas sempat mengucap waktu azan...

mudah nya cara nyawa pak cik ni ditarik...
macam mana la kita nanti kan? :)
rupa nya pak cik tu sangat mulia, setiap hari, 5 kali dia datang solat kat masjid dan bawak 20 sen, means sehari dia sedekah rm1.00.. pak cik ni selalu bersih kan mana2 masjid atau surau yg kotor setiap kali dia singgah.. tu berkat orang baik macam pak cik tu, meninggal pun dalam keadaan yg baik..

by the way, cerita ni aku sendiri dengar waktu kuliah maghrib tadi...

tu je nak story, nak ulas panjang lebar, ehem, saya tak pandai la... sendiri mau ingat... tapi harap2 kita akan mati dengan cara yg baik macam pak cik tu... 

insyaallah...





Sunday, November 20, 2011

rezeki :)


assalamualaikum....

happy sunday :)

siapa pergi dating hari ni tekan keyboard!

siapa duduk rumah hari ni?

siapa keluar shopping hari ni??

share jom!

today, i just stay at uni..
wake up early for a seminar...
be a committee for mind mapping seminar...

and today is a rezeki day
breakfast treated by kak illa
lunch treated by ustazah rohani
pendrive 8Gig as a souvenir as a committe today
grab a chance for project for fyp with other 2 member, where the project is a combination of 3 parts
and perhaps the darling, misha will treat me for lunch tonite as she promised before ^^
all in 1!
instant babe!


and sy dapat keychain pinkish daripada siti aiesyah, boleh letak kat pendrive baru... yeehuuu!
tenkiu berrymuch!


ohhh,, sesungguh nya rezeki datang pada waktu pagi, apabila kita bangun awal, determine and honest to do something

now i just realize that ;)
it's never too late kan? 
haha

ohh ye, 
final lagi 2 papers...
where the first two papers was about to kill my confidence =,="

how much i frust for microcontroller because mdm just gave me 28/60 for my carry mark
how much i hate her so sudden!



Friday, November 18, 2011

rindu.



setiap hari mesti teringat kat tok...
tak penah lupa sedekah kan al fatihah, yassin, ayat suci al quran...
rindu sangat...


     tok, at the left side.

kadang2 rasa macam tak redha..
rasa macam tok macam pergi somewhere just for a time..
berdosa nya...

memang kematian tu tak dijangka, tak diduga...
sihat, muda bukan sebab maut tak mengejar...



Thursday, November 10, 2011

ayat ayat cinta bercerita ",

assalamualaikum...
happy thursday people...

lagi information best nak share lepas last entry which the sweetest doa for those nak exam
now kan musim exam, so do i, and im in progress with the preparation to face final exam ^^
so, check it out the doa here!


(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ 
´*.¸.•´♥` 


represent special to u, 7 ayat cinta ~ ",

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan…

1. Bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 

2. Alhamdulliah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah: jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah…





(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ 
´*.¸.•´♥` 




simple yet easy to apply kan? ^^

raya dulu baru final exam ^^



Assalamualaikum...


final exam for this semester will be coming soon. just 5 days more...
nak tawakal pun tak boleh lagi sebab belum usaha study :p


suka pulak saya baca doa ni, rasa tersentuh, doa seorang hamba kepada Pencipta... tambah pulak time nak exam ni kan...


___________________________


"Munajat Di Ambang Peperiksaan"


Segala pujian hanya pada-Mu Ya Allah
Selawat dan salam pada Rasulullah

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Pada malam yang penuh kedamaian
Bersempena majlis solat hajat di ambang peperiksaan
Kami menadah tangan mohon dikabulkan
Agar setiap impian menjadi satu kenyataan

Berikanlah kesihatan
Lapangkan pemikiran
Fokuskan penumpuan
Jauhkan khayalan

يَا اَللهُ
Jika hadir namanya tangisan
Biarlah ianya di permulaan
Sebagai pencetus keazaman
Bagi mengukir kejayaan

Jika hadir namanya tangisan
Biarlah juga di penghabisan
Bukan sebagai penyesalan
Tapi.. tanda kegembiraan


اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Kini di ambang peperiksaan
Mohon dijauhkan kami dari kemaksiatan
Kerana ianya akan menghilangkan
Setiap ilmu dalam hafalan

يَا اَللهُ
Peperiksaan kian menjelang
Mohon ditunjukkan kami jalan
Semoga dapat segala jawapan
Setiap soalan yang mendatang

يَا اَللهُ
Peperiksaan hampir di hadapan
Mohon dijauhkan kami dari debaran
Khuatir ianya memberi kesan
Dalam dewan tempat ujian

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Perjalanan masih kabur di hadapan
tunjukkan hidayah kecemerlangan
Mudah-mudahan ianya memberi rangsangan
Pada kami yang menaruh harapan

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Ukirkanlah kejayaan
Atas usaha yang berterusan
Moga dapat memberi kegembiraan
Pada ibu bapa yang mengharapkan

Andai pencapaian tidak menggalakkan
Kami menerima dengan kerelaan
Mungkin di sana hikmah pemberian
Untuk melangkah hebat menjadi insan terbilang

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Ya Zal Jalali Wal Ikram
Kami banyak berdosa
Terutama pada ibu dan bapa
Kerana kami mereka tercela
Dek perbuatan yang sia-sia

Kami banyak berdosa
Terutama pada guru tercinta
Kerana kami mereka sengsara
Dek perbuatan main-main belaka

Kami banyak berdosa
Terutama pada rakan sebaya
Kerana kami mereka menderita
Dek perbuatan suka-suka sahaja

Oleh itu Ya Allah
Ampunkan dosa kami semuanya
Ampunkan juga dosa guru dan ibu bapa kami
Dalam doa ingatan sentiasa
Untuk kejayaan kita bersama
Amin.... 



__________________________________




by the way, this eid adha was not so cool for me yet my family..
we lost someone.. yes, i did mention twice or maybe thrice... here and here
i lost my grandmother, beloved person all the time...
it shocked me, too much
u lost someone that u never thought before
by the time u looked she was doing well, and suddenly u saw her laying with no breath
and that person was the one who took care of u since u were young...


and i bet no one know how i feel..
how much i told people about this, no one understand..
yes, NO ONE.