hi everyone, happy saturday...
may u have a great weekend ^^
last 2 weeks i made a cream puffs.. it's yummy yaww (duduk dalam bakul, angkat sendiri) ^^
after menggodek recipe sana sini, i combine the two recipes into 1 and here it is!
sorry tak tau kenapa dari tadi aligned x betul2 jugak, duk berselang je, x kemas... grrr
yummy cream puff
untuk puff
i followed the recipe from here
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur
Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius.
Ayak tepung bersama baking powder.
Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan.
Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk.
Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk.
Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. (i put some vanilla essence dalam telur to make them smell good dan tak bau telur)
Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. (i didn't use nozzle, just gunting sikit hujung dan picit bentuk bulatan kecil)
Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak.
Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan (jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.
untuk custard cream
i followed the recipe from here Bahan-bahan cream :
1 cawan tepung kastad
(aku ikut 1 cawan tp cream die tak best, terlalu likat, make it cair sikit so kurang kan. put in dalam 3/4 cawan)
2 cawan susu cair
2 cawan air
9 sudu makan gula
(tak manis langsung letak 9 sudu so i put 12 sudu makan, ikut lidah sendiri ye, try rasa dulu)
Cara membuat inti:
Semua bahan inti dimasukkan ke dalam periuk.
Kacau sehingga sebati di atas api yang perlahan sehingga likat.
Apabila pastri telah masak, belah di tengahnya dan isikan inti ke dalam pastri.
Biarkan seketika sehingga intinya sejuk.
Isikan cream ke dalam puff using piping bag.
_______________________________________
ni lah hasil nya....
puff yg lembut... ^^
puff after diisi dengan custard cream ^^
if u put 1 cawan tepung custard, macam ni lah rupa nya, dia tak cair, likat sangat..
so i suggest korang letak 3/4 cawan je tepung custard..
have a try, so easy peasy ^^
kalau korang tak nak letak inti as a custard cream, replace with choc filling or boleh jugak letak kaya.. kalau letak kaya, rasa serupa macam kaya ball :D
till then, good luck! kalau dah try nanti bagitau, saya nak rasa :)