Thursday, March 6, 2014

update about adra afieya adzriefaiz as of 6/3/2014

Donations in monetary form can be 

done through this Maybank account: 


5622 2732 7760 (ADZRIEFAIZ ADZLAN)


Salam to all muslims and good afternoon everyone! 


Disini pihak admin, ingin memohon maaf atas kelewatan pihak kami mengemaskini info terbaru bagi baby Adra Afieya.

Untuk makluman, Semalam 06 Mac 2014 ibu bapa Adra, Faiz dan Liz ke Singapura untuk bertemu dengan Koordinator Pemindahan Hati (Liver Transplant Coordinator) di National University Hospital(NUH) iaitu Prof Quek bagi membincangkan proses susulan yang bakal dijalankan sementara menunggu untuk pemindahan hati dijalankan ke atas baby Adra.

Sementara itu Adra Afieya yang masih berada di PPUM di bawah jagaan ibu saudaranya. Ini adalah kerana baby Adra masih memerlukan rawatan dengan antibiotic bagi mengelakkan jangkitan semula.

Antara perbincangan yang dibincangkan bersama Prof Quek adalah, prosedur pemindahan hati, ubatan, pembayaran dan prosedur lain yang berkaitan pemindahan hati yang bakal dijalankan ke atas baby Adra.

Buat makluman semua Adra Afieya dan penderma hati iaitu papanya, Faiz akan diperiksa dalam masa yang terdekat bagi memastikan pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Pemeriksaan secara terperinci itu akan mengambil masa selama seminggu dimana blood test, liver scan, kidney scan, heart scan, chest x-tray, dan lain-lain akan dilakukan terhadap Adra dan Faiz . Setakat ini, hanya Faiz yang sesuai untuk menderma hatinya kepada Adra kerana mereka mempunyai kumpulan darah yang sama iaitu O+.

Dari segi pembayaran pula, SGD 28K akan dikenakan setiap kali pemeriksaan terperinci dijalankan. Jika tiada sebarang masalah, pihak doctor akan mempercepatkan proses untuk pemindahan hati. Pihak keluarga baby Adra harus membayar SGD150K sebelum sebarang kemasukkan hospital. SGD150K itu termasuklah kos pembedahan penderma dan penerima, dan juga wad hanya untuk sebulan jika tiada sebarang komplikasi selepas pemindahan hati dijalankan. Kerana jika ada sebarang komplikasi atau apa apa yang menyebabkan mereka perlu tinggal lebih dari tempoh sebulan bayaran tambahan akan dikenakan.

Dalam masa yang sama, Faiz (papa Adra) juga mencari pendapat kedua dengan Dato Dr KC Tan 'si anak penjual gas' anak jati Malaysia yang juga merupakan Pakar Pemindahan Hati yang dahulunya pernah berkhidmat dengan Sime Darby Medical Centre Subang Jaya. Dan sekarang beliau menetap di Singapura.

Dengan rasa rendah diri, pihak kami memohon kepada semua mendoakan kelancaran buat baby Adra dan Faiz bagi menjalani pemindahan hati.Berat mata memandang.Berat lagi bahu yang memikulnya.Sesungguhnya Doa kita semua amat bermakna buat mereka.insyaAllah.Amin Ya Rabbal Allamin.








assalamualaikum korang..

above, i copy dari fb donation for adra afieya
hopefully korang dah like and baca what happen to her.
dgn rasa rendah diri mohon korang spread kn news ni dan berdoa juga membantu untuk donate kepada adra..

kesian sangat.
imagine kalau anak kita macam ni dan kita menagih simpati orang

atas dasar kemanusiaan dan prihatin, mohon bantuan korang semua..

untuk menderma:

Donations in monetary form can be 

done through this Maybank account: 


5622 2732 7760 (ADZRIEFAIZ ADZLAN)


terima kasih untuk yg concern, semoga Allah balas jasa baik korang




No comments: