Saturday, December 8, 2012

takdir

assalamualaikum...

seronok sungguh aku di rumah.. makan dengan banyak sekali lepas tu bebel berat naik, baju tak muat, peha besar, yadaaa yadaaaa yadaaa~~~

by the way, hari ni best sebab ada kenduri dua pupu; anak sepupu mama.. i have my own task, to give goodie bags kepada tetamu.. penat hokey, baru bagi goodie bag, belum sendiri nak kawen..

left to right; mama, pengantin lelaki, pengantin perempuan (dua pupu), mak pengantin perempuan, aku.


btw, congratulation kak ngah. semoga kekal ke syurga, dapat baby cepat2 :) 



then otw balik, mama cakap teringat kat arwah tok..


isnin 24 october 2011. petang, dalam waktu asar wan (atuk) call mama, cakap tok lelah sampai tak larat bangun. wan nak bawak ke hospital tapi tok taknak. then mama datang, ajak tok, tok nak. tok pun bersiap lah sendiri pakai baju kurung dia, tudung and bawak handbag. jalan ke depan rumah, naik kete mama. mama pun bawak ke hospital, wan ikut sekali.. kira time tu tak lah teruk sangat pun..

then dah sampai hospital, dorang buat gelabah, terus lah terbaring tok atas katil. tah apa jadi, tok dah tak sedar. punya lah usaha misi2 ni gigih dok sumbat tiub thru hidung dgn mulut. jolok lah dorang tiub tu masuk mulut nak bagi sampai kerongkong. tok dah tak sedar ni. tapi sambil dorang dok jolok, hujung jari tangan dengan kaki dok gerak2 menggeletar, sakit lah kan. dah tak sedar, mana nak boleh cakap sakit. yg ni memang aku rasa macam nak pijak muka misi tu bila dengar mama story.. aku tengok gambar penuh wire dengan tiub sana sini. hairan. yg penyakit nya lelah. im not a doctor yet a medical student. but rasa sakit hati dengar mama story. mama pun tak kan la nak marah kenapa nak jolok hidup2 macam tu. tu memang cara dorang kot, kita fikir dorang nak tolong je. then baru sekarang ingat balik baru sedar. rasa sakit hati pun ada dengan cara dorang tu.

magrib mama baru call, bagi tahu tak sedar. ada hati pulak doctor nak tebuk dada, kata paru2 berair. kepala hotak betul. lepastu pulak kata paru2 tak berair pulak dah. masa tu dah masuk ccu. malam tu kira family boleh masuk melawat lagi, teman tok.


selasa 25 october 2012. doctor mintak permission wan utk tekan dada, utk apa tah aku tak tahu. tapi wan tak bagi, dia cakap tok dah tua, takut tulang dia patah. adik aku cakap makin kritikal, makcik aku pun balik, then aku dari gombak pun balik perlis petang nye tu. sampai pukul 12 tgh malam, terus gi hospital. masa tu ramai jugak family di hospital tunggu luar bilik. family dah tak boleh masuk langsung dah. aku pun just tunggu kat luar kejap lepas tu balik, ingat pagi2 esok nak pergi tengok. 

then dalam 2am macam tu doctor bagi family masuk. pak ngah jaga dengan cousins aku 2 orang. doctor check, tok dah tak bagi response. mata dah tak response lampu torchlight yg doctor suluh, lebih kurang macam tu lah. 


rabu 26 october 2012. dalam pukul 8 lebih macam tu pak ngah kot kalau tak silap, suruh datang hospital. so kitorg pun gerak. doctor kasi masuk ccu. family aku pun masuk. aku bukak pintu je dah berdegup sangat jantung sebab dengar misi dok ajar orang mengucap, kuat gile. memang kuat gile. rupa nya misi tu tengah ajar tok mengucap. pak ngah, awie pun ada. wan takde masa tu, gi minum kejap. then misi dok pam oksigen. pegang kaki tangan tok, sejuk sangat. keras. then misi suruh ajar tok mengucap. then wan pun masuk, baru la doctor cakap tok dah takde.


motif entry. aku rasa fobia dengan hospital. especially gov hospital. yes itu semua ajal. but how they treat. itu aku tak puas hati. bukan sekali aku dengar. banyak kali. jadi bahan experiment la, buat sesuka hati la. 

maka nya aku berazam dengan mama tadi, kalau aku nak bersalin nanti (walaupun tak kawen lagi tapi dah plan) memang aku nak ke private hospital. 

even masa aku gi klinik kesihatan pun. duduk tak sampai seminit dah keluar bagi ubat. 

maka nya aku akan bekerja dengan keras supaya bila sakit selain demam selesema, aku mampu untuk ke better place yg treat patients well. 


bila teringat, rasa sakit hati sangat, sedih je. kalau aku kat tempat mama rasa nya, dah keluar dah kata kata kesat aku. rasa tak boleh terima betul. dari duk sihat, kuat, tetiba lelah teruk sikit. mampu lah bersiap sendiri, jalan sendiri naik kereta. tak payah pimpim pun. tuptup sampai hospital, terlantar kat katil terus tak sedar. tiub sana sini, habis. tu yg buat aku tak boleh lupa. lain la kalau sakit teruk yg terlantar. aku rasa tak lah aku ingat sampai sekarang. plus aku memang cucu tok dari kecil. tido pun dengan tok sampai umur 9 tahun. kalau mama takde ke tinggal aku pun, takde hal punya. asal kan ada tok.


however, itu semua takdir.

2 comments:

nadzirah yahaya said...

macam masa ayah aku masuk hospital tahun lepas. doktor suspect ayah aku kena paru-paru berair. dia tebuk konon-konon nak ambik air. sekali tak keluar air. doktor tu cakap maybe bukan paru-paru berair. few days lepas tu doktor pakar check. doktor pakar cakap memang ada air. doktor sebelum ni salah tebuk. hangin tak dengar? -____-"

~kiinaa~ said...

maybe bukan paru2 berair bila die dah syok tebuk. biadap betul..
memang hangin..
T_T