Friday, June 1, 2012

mari membuat apam polka dot pandan pada hari jumaat ^_^

assalamualaikum..

selamat hari jumaat semua, semoga berbahagia hendak nya :)

hari ni bangun awal sikit dari biasa sebab nak main masak masak..

disebabkan apam polka dot sangat comel, saya teringin nak buat mereka :D

senang je, seriously.

bahan bahan nya:


270 gm tepung gandum - ayak
3 sudu kecil serbuk penaik - ayak
150 gm susu segar
3 biji telur
230 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovelette
1 sudu besar pes pandan
pewarna hijau
sedikit kaya - inti


cara membuat:


masukkan telur, esen vanila, gula halud dan ovelette ke dalam bekas. putar dengan kelajuan impak maksima sampai adunan kembang.


masukkan tepung berselang seli dengan susu segar sehingga habis. masukkan pes pandan.


bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna hijau dengan 3 tona warna berbeza.


masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas, cuit kaya sikit di tengah dan masukkan adunan lagi sehingga hampir penuh.






gunakan piping bag yg diisi adunan mengikut color sesuka hati dan buat dot dot di atas mangkuk kertas yg sudah diisi adunan tadi.


kukus selama lebih kurang 10 minit.


dan akhir nya siap... tadaaaaaaa




nota dotdot:

kat bahagian bahan2 tu kan kena guna pes pandan. pes pandan tu adalah perasa pandan tau. jenuh aku tawaf banyak kedai, rasa tak jumpa pun yg dinamakan "pes". lastly baru tau pes tu perasa. bhahaha

lepastu mengikut bahan2, kan susu segar 150 gm kan? aku tak perasan pun "gm" maka nya aku sukat 150 ml. tak sukat pulak sama ada 150 gm dengan 150 ml tu sama ke tak. tapi nasib jadi. bhahaha 

kat cara membuatnya yg part 1, telur tu masuk je 3 bijik tu terus, tak perlu pun masuk sebijik sebijik~ apam ni tak la seleceh masak kek, kena masuk sebijik sebijik ye anak2~~

kemudian, kan ada 3 layer kan masa nak masuk adunan dalam bekas (1.layer paling bawah, 2.kaya kat tengah, 3.adunan untuk tutup) sila pastikan kaya tu tak keluar adunan, means make sure tutup kaya tu dengan adunun semolek mungkin. kalau tak, ia akan buruk macam gambar bawah yg anak panah tu. lawak dan hodoh kan? bhahaha

mangkuk kertas tu mesti di-support dengan letak kan ke dalam loyang bulat bulat macam kat gambar first tu tau. kalau tak, habis hancur lunyai.


so yg atas ni hodoh la ye. rejected, makan laju2.

boleh modify resepi. kalau tak nak buat perisa pandan, boleh biat perisa strawberry contoh nye. just tukar perasa pandan tu dengan perasa strawberry dan juga color boleh guna color merah mak ngah. filling nya, boleh masuk kan jem strwaberry. dan susu segar boleh ditukar dengan susu strawberry. dapdapdap~~~

selamat mencuba kawan kawan :)

3 comments:

Anonymous said...

nak kena try nie... hihihi :D

haney said...

apam polkadot :) mesti sedap kn rase pandan

Sakina Kushairi said...

cik fantha; try la, senang dan sedap jugak :D

haney; rasa not bad, lepas ni nak try buat perisa strawberry :D