Sunday, March 9, 2014

MH370, we pray that u will be safe

assalamualaikum



as all of us know what happen to MH370,  still "missing". as we heard a lot of people talk about it. crashed, hijacked and so on. and what we can do is to be positive. hopefully MH370 is safe landed anywhere. insyaALLAH.

walaupun rasa tak sedap hati dengar, tapi have faith to Allah. nothing impossible if we have faith. pray because we can only rely with it.

stop blame people.

stop do the stupid statement.

stop judge anyone.

kun fayakun.

kalau Allah kata jadi, maka jadi lah ia.

i bet that most of us takde kaitan keluarga dgn penumpang dan anak kapal MH370 kan? tapi korang tetap rasa terkesan kan? it's good actually because i shown that we still have a humanity. :)

tadi pagi lepas subuh aku dan parents hantar adik perempuan ke KLIA since she'll back to alex. perasaan nak hantar adik balik pun dah berat hati. apatah lagi nak banding dgn kaum keluarga passenger MH370 ni. Allahuakbar, semoga mereka kuat.









semoga ALLAH selamat kan mereka semua. insyaAllah. amiinn... 

Thursday, March 6, 2014

update about adra afieya adzriefaiz as of 6/3/2014

Donations in monetary form can be 

done through this Maybank account: 


5622 2732 7760 (ADZRIEFAIZ ADZLAN)


Salam to all muslims and good afternoon everyone! 


Disini pihak admin, ingin memohon maaf atas kelewatan pihak kami mengemaskini info terbaru bagi baby Adra Afieya.

Untuk makluman, Semalam 06 Mac 2014 ibu bapa Adra, Faiz dan Liz ke Singapura untuk bertemu dengan Koordinator Pemindahan Hati (Liver Transplant Coordinator) di National University Hospital(NUH) iaitu Prof Quek bagi membincangkan proses susulan yang bakal dijalankan sementara menunggu untuk pemindahan hati dijalankan ke atas baby Adra.

Sementara itu Adra Afieya yang masih berada di PPUM di bawah jagaan ibu saudaranya. Ini adalah kerana baby Adra masih memerlukan rawatan dengan antibiotic bagi mengelakkan jangkitan semula.

Antara perbincangan yang dibincangkan bersama Prof Quek adalah, prosedur pemindahan hati, ubatan, pembayaran dan prosedur lain yang berkaitan pemindahan hati yang bakal dijalankan ke atas baby Adra.

Buat makluman semua Adra Afieya dan penderma hati iaitu papanya, Faiz akan diperiksa dalam masa yang terdekat bagi memastikan pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Pemeriksaan secara terperinci itu akan mengambil masa selama seminggu dimana blood test, liver scan, kidney scan, heart scan, chest x-tray, dan lain-lain akan dilakukan terhadap Adra dan Faiz . Setakat ini, hanya Faiz yang sesuai untuk menderma hatinya kepada Adra kerana mereka mempunyai kumpulan darah yang sama iaitu O+.

Dari segi pembayaran pula, SGD 28K akan dikenakan setiap kali pemeriksaan terperinci dijalankan. Jika tiada sebarang masalah, pihak doctor akan mempercepatkan proses untuk pemindahan hati. Pihak keluarga baby Adra harus membayar SGD150K sebelum sebarang kemasukkan hospital. SGD150K itu termasuklah kos pembedahan penderma dan penerima, dan juga wad hanya untuk sebulan jika tiada sebarang komplikasi selepas pemindahan hati dijalankan. Kerana jika ada sebarang komplikasi atau apa apa yang menyebabkan mereka perlu tinggal lebih dari tempoh sebulan bayaran tambahan akan dikenakan.

Dalam masa yang sama, Faiz (papa Adra) juga mencari pendapat kedua dengan Dato Dr KC Tan 'si anak penjual gas' anak jati Malaysia yang juga merupakan Pakar Pemindahan Hati yang dahulunya pernah berkhidmat dengan Sime Darby Medical Centre Subang Jaya. Dan sekarang beliau menetap di Singapura.

Dengan rasa rendah diri, pihak kami memohon kepada semua mendoakan kelancaran buat baby Adra dan Faiz bagi menjalani pemindahan hati.Berat mata memandang.Berat lagi bahu yang memikulnya.Sesungguhnya Doa kita semua amat bermakna buat mereka.insyaAllah.Amin Ya Rabbal Allamin.








assalamualaikum korang..

above, i copy dari fb donation for adra afieya
hopefully korang dah like and baca what happen to her.
dgn rasa rendah diri mohon korang spread kn news ni dan berdoa juga membantu untuk donate kepada adra..

kesian sangat.
imagine kalau anak kita macam ni dan kita menagih simpati orang

atas dasar kemanusiaan dan prihatin, mohon bantuan korang semua..

untuk menderma:

Donations in monetary form can be 

done through this Maybank account: 


5622 2732 7760 (ADZRIEFAIZ ADZLAN)


terima kasih untuk yg concern, semoga Allah balas jasa baik korang




Saturday, March 1, 2014

update about adra afieya adzriefaiz as of 1/3/2014


assalamualaikum

hai semua bertemu lagi dalam entry ke-3 tentang adra afieya, a baby yg suffer penyakit biliary atresia. my litle cousin, strong fighter and adorable baby.

entry #1 tentang adra
entry #2 tentang adra

she still needs money to undergo her treatment. now, adra tengah tunggu berat badan dia 10kg or more as to make herself to bear with the liver transplant soon. and also tengah tunggu duet untuk operation tu cukup. operation itself costly 150 singapore dollar or almost equal to rm400k. not included the medication and other treatment. she still need other treatment even after the transplant. it's like a life time treatment until soon dia betul2 sihat sepenuhnya dan kuat.

until now, the donation hits around rm400k. ALHAMDULILLAH. and still counting INSYAALLAH. we together help adra to support her in term of money and prayers. i bet that adra and her parents would be soooo much grateful and cannot thank you sepanjang hidup. jasa yg membantu sgt2 dihargai :)

still, i need your help to spread the news about adra so that others can help her.

insyaallah adra will fly to singapore next week for the first assessment. and now, she was admitted at ppum since 10 days ago because her abdominal part is getting bigger and on off fever. if u can see her face at her fb https://www.facebook.com/AdraAfieya, she was not happy like before. yg sentiasa senyum dan ceria. maybe dia tengah tahan dgn sakit dia.







update from her fb last 10 hours:

Disini ada sedikit perkembangan baby adra yang dimaklumkan sediri oleh ibu Adra.Hari ini hari ke-10 Adra di hospital, dimana hari terakhir Adra dirawat dengan antibiotics bagi memastikan tiada sebarang jangkitan.Tiga hari lepas,baby Adra dinasihatkan untuk menggunakan NG tube(memudahkan adra mkn) melalui hidung.Ini bertujuan untuk memastikan berat badan Adra bertambah dengan cepat dan membantu Adra mendapat nutrien yang penting sebelum menjalani prosedur pemindahan hati. Baby Adra memerlukan nutrien yang banyak bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan luka selepas menjalani pemindahan hati dan sekaligus dapat mengelakkan dari sebarang jangkitan.
Disini sekali lagi pihak kami memohon bagi mendoakan supaya baby adra mempunyai daya tahanan yang kuat sebelum menjalani pemindahan hati.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang turut memberikan sumbangan serta tidak putus berdoa untuk baby Adra.Amin ya rabbal alamin.



picture and info above courtesy of https://www.facebook.com/AdraAfieya


Donations in monetary form can be 

done through this Maybank account: 


5622 2732 7760 (ADZRIEFAIZ ADZLAN)


please donate, even rm1 means a lot to this baby.
dengan menderma rm1 itu takkan buat kita miskin..
trust me... and please spread this too people. we dunno what will happen to us in future. we help people and Allah helps us. insyaallah. let's together help adra, give her hope that she will live long and do her best in life. insyaallah..

thanks!