Monday, December 19, 2011

mari memasak mushroom pie pasta ^^


assalamualaikum people, how are u? rajin tak i update 2 kali hari ni? ^^ (esok lusa hilang pulak seminggu)

hari ni saya baik hati nak share dengan korang 1 recipe yg sangat amat mudah iaitu mushroom pie pasta..

bahan bahan nye ada lah
400 gram pasta
1 tin besar mushroom cream (ala, yg brand Campbell tu)
1 tin susu cair
1 kiub pati ayam
serbuk black paper
garam secukup rasa


cara cara nya:
-rebus pasta sampai empuk ye. then, tos kan dan biar kan mereka sejuk dengan aman.
-setelah itu, gaul kan pasta dengan semua bahan ye. kiub pati ayam tu, potong kecik2 dan hancur kan sebab nanti dia berketul ketul dalam pasta dan tak sebati.
-kemudian, masuk kan dalam aluminium foil atau bekas loyang yg sesuai..
-bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celsius dalam masa 30 minit.
-depends dekat oven korang, kita bakar ni nak bagi sos tu semua sebati dan melekat dengan pasta tu, jangan lama sangat nanti pasta tu terlalu masak, kurang sedap bagi saya.

saya guna jenis pasta macam kat bawah ni



ni bahan banhan asas dia



 kacau sampai sebati macam kat bawah ni


masuk kan dalam loyang, tekan sikit bagi bawah dia tu tak kosong


ni rupa nya bila dah siap, saya tak suka letak tebal tebal dalam loyang, biar nipis, so ala ala pizza..



suggestion:
-btw, itu adalah bahan2 asas yg saya tengok dalam buku recipe mama saya. 
-saya tambah sos spageti kimball yg ada mushroom itu. just gaul je dengan semua bahan, ikut suka nak letak banyak mana, saya letak half dari botol yg saiz besar. 
-korang boleh jugak letak sosej yg diptong kecil2.
-then, boleh jugak potong cheese yg slice tu kat atas loyang yg dah berisi pasta sebelum masuk oven, so bila cheese tu cair kan sedap ^^
-nak letak daun2 cam parsley ke, whatever pun boleh...
-nak letak sardin ganti sos spageti pun boleh, rasa tuna kan? ;)

macam macam lah~

gumbira saya masak benda ni, bawak 1 loyang besar kat rumah atuk, then habis licin less than 2 hours.
ququ siap bisik "sedap, nanti along buat lagi" auuww! malu saya :D
ilhanz pulak duk ulang suruh mama dia suap ;)
iwan makan sampai mama dia sound nak habis separuh...

ni la ququ

ni pulak ilhanz

ohh ini pula saya, kiri itu cinta laura ^^


simple kan? penat dah saya gebang, sila la cuba. rasa pun not bad...

:)

4 comments:

haney said...

comel gile budak2 tu :)

Sakina Kushairi said...

hehe.. best tengok budak2 sebab tak payah fikir masalah banyak2 :))

saffiya_aleesya @ echa said...

resepi, bahan2 dan cara penyediaan yg mudah..boleh laa echa try ni..

Sakina Kushairi said...

bahan dia tak remeh, campur je sume ^^