Saturday, April 24, 2010

perempuan, gadis, wanita ;D


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. [saya setuju!]

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. [saya setuju!]

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). [saya TERAMAT setuju!]

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. [saya setuju!]

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! [saya setuju!]

6. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. [saya TERAMAT setuju! dear diary, my very best listener eventhough i always forget u~eventhough i just write twice or thrice a year..haha~]

7. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna. [saya setuju! kalau kena kat aku, memang aku bunuh orang tu~!!!]

8. Bersikap terlalu serius, diam je boleh mematikan mood wanita. [saya setuju!what a boredddd~~]

9. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan. [setuju laa jugakk]

10. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. [saya tak berapa nak setuju!rasa tak pernah pun fikir macam tu~huahuahuaa~~]

11. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. [saya setuju!and 1 more is perrhatian okay!]

yang tulisan purple tu sy copy paste je tapi yg relevan in my mind, and the black tu ulasan sendiri :D

sometimes, i mean most of the time, perempuan ni ..........(aduhaiii,, boleh pulak lupa nak taip apa, padahal aku dah pikiaq dah ayat tadi! hampeh la ko ni kina, ingatan ikan emas betuii!!!!arrgg tension nye, ayat tadi power tu!!! =(( siott arr )

arrghhh!!dah sejam dah tapi tak ingat jugak,,okay lah, sayonaraaa!!!

Wednesday, April 21, 2010

when i was in form 4~~

konnichiwaaa~~~!!!


time ni kat deer land, lanchang, ada kem PPIM..korang mesti terkejut kan sebab ni time ke"chubby"an terserlah~ (sy mahu pipi yg dulu!!!)


ni depan class 4e3,,kelas yg indah permai lagi banyak nyamuk~~zzzzzzzzz


ni tumpang kat class form 5 sebab time ni hujung tahun, form 5 arrange class sebab nak SPM~~nad macam teruja pulak tibe2 kn??haha~


ni lah dormates ixora dulu..ni semua junior,senior kami dalam dorm,actually ada agenda kitorang kumpul ramai2 ni tapi dah lupaa pulak~ =p


gonna mish this time sooo much!!


actually banyak lagi gambar during form 4 kat teknik tapi most of them a lilte bit kurang sopan and untuk menjaga tata susila dan kesopanan so tak upload lah untuk tontonan ramai~



Thursday, April 15, 2010

close to my heart


the friendship

so many memories;
so many stupid fights
;
so many inside jokes
;
and the craziest nights;

everything crazy that i do;

always seems to happen
,
when I'm with u!


◕ ‿ ◕


she's the one who always by my side since be friend with me,
nothing much, just a single smile :)


she always cheer me up when i feel down,
i roll with the best, nothing less
:)


we young and we fly;
and we'll stay on that way till we die :)


friends forever; enemies never :)


sleeping partner, get in the room at 2am but sleep at 4am!
nothing just pillow talk & gossips! :)


i've a friend that i could ask for! :)


laugh laugh and laugh again
and make me cry because laughing too hard
hahaha :)


shy shy cat person!
nothing much with her, just feel calm :)



friendships isn't a big thing;

it's a million little things
✾◕ ‿ ◕✾

i like this song but i hate that one


Khatimah Cinta
by Sixth Sense

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi


i just like this song
but it's not about me!



cinta terakhir
by aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan


i don't like this song
do u know why?

anybody can listen to me?


i don't feel good

sekian terima kaseh.

Wednesday, April 14, 2010

ohh durian belanda~!

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup. (paragraph ni saya pening sikit ayat dia! explain please anybody!)

Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! (maksud nye kawan2, kalau mereka reveal khasiat buah ni, taklaku la ubat2 yang makan duet berjuta2 tu)

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu. Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mothers milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

fakta berharga ni saya jumpa dalam facebook sape tah, maen tagged2. sebab macam berguna so saya bubuh la di sini. sebar kan lah,mana tau bergua untuk anybody~

sayonara lagii ........ ~~~

Tuesday, April 13, 2010

today is the hottest day

sunlight Pictures, Images and Photos

oohhh.. adakah negeri perlis yang kecik ni adelah negeri yang paling panas di malaysia? hari ini peluh teramat mencurah curah macam ladang gandum! after lunch 3pm tadi saya telah membaringkan diri dalam bilik mama, dengan bukak kipas sehabis laju sebab aircond yang dah lama rosak! bangun je peluh membasahi baju dan juga seluar.. damn!! terasa nak beli kipas besi yang besar punye macam kat kedai makan tu. hahaha

okay, sebenarnye nak bagitau yang tu je. upcoming entry is about my life when i was in form 4!~ the borading school life, my first time! can't wait since i still searching for the photos =p

sayonara.......~~

Sunday, April 11, 2010

IPTA vs IPTS

teringat pulak nak post something pasal tajuk ni.

ni dah lama dah aku baca kat komen orang. aku kenal jugak mereka ni. menyirap jugak la aku bace dulu. memang mencarut carut pun dalam hati sebab time tu aku alone kat rumah so takde geng nak story.

budak a: wey, susah ar, banyak gile keje nak kena buat!

budak b: kau nak senang je buat keje, nak senang sangat gi ar masuk kolej!

aku rasa kau hebat bijak cerdik pandai la kot sebab kau cakap macam tu

sebenar nye mostly orang macam pandang rendah kan kalau anybody yang study kat kolej ke, private institution ke or any IPTS. aku penah la dengar kawan aku cakap macam tu, konon2 tak bagus la and bf kawan aku kutuk2 pasal study kat kolej, and even family (yang aku tak pernah anggap family because they are suck) macam ragu2 la etc~~

after aku entered je college, aku ambil foundation dulu, yes memang aku goyang kaki je la.. takde keje sangat pun. memang 95% senang yang amat. then masuk 2nd year dah habes foundation, subjek makin la susah, mencabar, dengan assignments yang sangat banyak plus bapak susah mesti siap kan in short time.

imagine kan la ye wahai anda yang tak study kat kolej legenda tersayang ni, cara belajar, subjects, sukatan semua nya not based on malaysian universities macam uitm ke, um ke, usm ke or even any colleges. and certificates from kolej legenda jugak from uni overseas. kira macam aku buat twinning program la.

aku belajar sana 3 tahun. ni aku nak story start tahun kedua ye after habes foundation.

  • setiap tahun ada 3 semester; 2 long semester and 1 short semester.
  • long semester ada 4 subjek je dan setiap subjek ada 3 assignments, duration for long semester is less than 15 weeks, whether 11, 12 or 13 weeks
  • short semester ada 2 subjek je dan setiap subjek ada 2 assignments, duration for short semester is about 7 to 8 weeks only
  • untuk setiap assigment and exams pulak grading or marking criteria dia pun tak sama dengan IPTA and some IPTS. kalau exam, salah jawapan even 1 soalan dah dikira fail. and untuk assignment, ada tahap dia. kau jawab sebagus habes dapat la distinction or A, then jawab sederhana dapat merit or B and if jawab cukup makan dapat la pass or C.

ni semua aku dah lalui sendiri, ada masa nyawa nyawa ikan beb, 2 3 hari tak tidur tu common laaa, period pun dah tak tentu, hormon dah lari. tu tak story lagi bab 2 semester akhir yang kena buat report project dengan final project. phewww~~

tidak ke sama rutin nya dengan semua students kat dunia ni?? ada jugak kawan2 aku kt kolej ni cgpa dia 0.0! and ada jugak 4.0. both of 2 students are intelligent and top student kat sekolah dulu. beza nya sama ada kau nak belajar ke kau nak maen.

and sama jugak kan kalau dekat IPTA pun, mesti ada yg dapat dean list, ada yg dpt 2.0, ada yg dapat 3.0 padahal semua yang kat IPTA tu terpilih yang cemerlang. beza nya bila dah dapat result, good, medium and ... semua tu bukan ke sebab kau rajen atau malas? kan?


fnal project tetap jugak ada kan?


dah la kena submit assignments, lepas tu kena interview lagi pasal apa yang dah siap, =|

ni siap kena siap kan on the same time dengan other assignment lagi

assignments aku tetap banyak, korang pun sama kan?

sepatut nya aku post entry ni 2 tahun lepas, sebab ramai yang pelik macam mana cara study kat kolej tu. tapi blog ni pun baru 4 5 bulan wujud.

sebagai kesimpulan nya, awak pergi lah mana mana tempat belajar pun, kalau awak malas, FAIL lah, kalau rajin PASS lah.

readers, jangan la terasa kalau apa2 terkena kat batang hidung sendiri ye. takde niat pun nak saket kan hati sesiapa. my main point is to defend from the above dialog ONLY. jangan lah nak close minded sangat ye.


fuhh,, penat ni. entry tiba2 teringat ni buat aku semput menekan keyboard.

tic tac toe



LIFE

life lives, life dies;
life laugh, life cries;

life gives up, and life tries

but life looks different
through everyone eyes

and

being happy doesn't mean that everything is perfect
it means that u've decided to live fit

despite it's imperfections

so be happy
because sometimes life is sucks
but u're doing just fine


but

aware that how hard is ur life, it not impossible
and be who u want to be but not as what others want to see




p/s: tajuk entry ni takde kaitan langsung dengan kandungan nya
muahahahaa~~

Saturday, April 10, 2010

tasoh lake resort~

last saturday i went to tasoh lake resort, ada family day for jabatan kebajikan masyarakat negeri perlis
tempat dia cantek sangat, tenang je
resort dia ala ala inggeris gitu
kawan kawan yang duduk area utara kalau nak kawen ke, gathering ke, boleh lah booking tempat tu, siap dengan dewan lagi
tempat tu memang mesra alam, near to the tasik buatan yang tak tercemar lagi, beside tasik tu banyak pondok rehat dengan buaian sekaliand banyak pokok pokok yg besar, tahan cahaya matahari
boleh lah nak fishing ke, lepaking ke, naek motor boat ke, barbeque-ing ke, macam2 lah
jalan ke tasoh lake resort ade lah jalan nak pegi padang besar
so on the way nak ke padang besar tu usha2 la kat sebelah kiri korang~


sebenar nye time tu ada sports, fun games tapi games dia sume tak menarik hati kami
so apa lagi, berfotogedixx la tambahan pulak masing2 ni camwhore ~
haha

escape from fun games, went near to the lake


yeay, kami dah sampai kat tempat yang berangin, best sangat2~





tu saje untuk entry ni, sy sudaa lapar laa, padahal pukul 6 petang tadi dah makan nasi dengan sup daging yang lazat..
daaaa~~

Tuesday, April 6, 2010

~*TrUe LoVe MeAnS...*~


a girl and guy were speeding over 100 mph down the road on a motorcycle. This is the conversation they had...

Girl: Slow down. I'm scared.
Guy: No this is fun!
Girl: No it's not. Please, we're going too fast!
Guy: Then tell me you love me and I will slow down.
Girl: Fine, I love you. Slow down!
Guy: Now give me a BIG hug.
*Girl hugs him*
Guy: Can you take off my helmet and put it on your head? It's disturbing me.

In the paper next day: A motorcycle had crashed into a building because of break failure. Two people were in the accident, but only one survived.


The truth was that halfway down the road, the guy realized that his break went out, but he didn't want to let the girl knows. Instead, he asked his girlfriend to say she loved him and felt her hug for last time, then he asked the girl to wear his helmet so that she would live even though it meant that he would die.



so sweet and touching kan kan?

huhu