Friday, March 30, 2012

spontaneous Thursday #2





assalamualaikum, dah 2 entry hari ni. 

lega siang tadi lepas tension (lah sangat) keluar dari kelompok yg saangat men-stress-kan ni.

nasib baik aku ponteng class co-q petang tadi then having fun outside. kalau aku attend class mesti aku menyesal sebab just amik attendance je, what a pathetic class is it?

so i went to karaoke-ing with lovey boyfie misha, omg it just like omg omg!! HAHA

ohh, awal ye entry spontaneous Thursday saya?  whatever~ :)

okay, back to picture, then i know why people keep talking about the judgement in our country for today especially.

so anyone? do u have any words?

Thursday, March 29, 2012

down down down T_T


assalamualaikum.. selamat hari khamis yg mulia..

1 je benda nak bagitau. sangat stress dan down T__T

penat sangat,, 

semester 6 ni memang men-stress-kan.. banyak nye assignment.. banyak nye mini project, dengan final year project proposal..

 tengok lah, works to do in 2 3 weeks.. hai laaa.. lotih den...


bila macam ni mula la nak give up, fade up, semua pun ada.. 

nasib tinggal 1 sem lagi then practical.



kawen lah cam ni T_T



aku stress dan aku jugak yg akan calm kan diri sendiri.
power of me.haha
ok dah setel express kt something, because i don't know how to express to somebody.
it's hard to communicate with me,
seriously.

bye!

Friday, March 23, 2012

Spesifikasi calon suami yang 'bolehlah' dibuat suami

assalamualaikum, selamat hari jumaat yg macam biasa, sungguh tenang :)

entry ni sangat senang, simple, easy yet peasy!

copy paste dari Facebook, means for me it's a nice to share with u people :)



1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 dan ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: motor kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwa gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm.. ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam takdelah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)
17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.
18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.
19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nak wangi depan manusia je.
20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”
21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.
 



macam mana? ada bran? ^__^

Saturday, March 17, 2012

cerita best zaman kecik kecik ^^


assalamualaikum..

happy weekend yawww! muahahahaa~

today i would like to refresh back our old time favorite tv series. cartoons of course.

ni semua yg aku memang layan, kipas susah mati masa kecik. tapi sekarang takde dah laa nak jadi kegemaran..

serious ini semua memang syok terbayikk dari ladang ^^


tom and jerry! wahahaha, ni memang best. banyak tape (dulu tape, bukan cd) parents aku beli. time petang petang baring baring mesti bukak, arwah moyang aku pun join sekaki, dia boleh cakap, bila la tom tu nak dapat tangkap jerry. haha


ok, both cite kat atas, tomato man dgn daddy long legs ni paling bermakna kot. time tu aku sangat kecik dalam 5 6 tahun rasa nya. cite ni ada dalam kul 3 ke 4 petang camtu la. setiap kali ada cite ni, arwah tok mesti akan ingat kan aku, lepas tu baring kat ruang tamu tengok.  arwah tok  panggil cite ayah kaki panjang sebab cite ni dia translate ke bahasa melayu terus :)


pink panther, ni pun ada collection tape.. best jugak laaa 


 
doraemon zaman dulu alih suara dia sedap, tapi sekarang suara dah tak best, kan kan?


sailormoon tak silap sabtu ahad pagi dalam pukul 9 kot :D


ni pun antara yg PALING SUKA!
komik memang tak pernah missed. kalau beli komik, memang queue la dengan adik2 nak baca :))


mermaid ada tape jugak, movie, dah berapa ratusan kali tengok pun tak tau~~


teletubbies, so cute. aku ada 4 beradik, so pilih la sorang satu. aku lala, yg kuning :D


ni bug bunny kan? best jugak :)


okay, cartoon dah kot. ni yg jenis orang2 pulak~~


suria baja hitam, adik lelaki aku punya fav, sampai aku pun suka. tapi best..


 
power rangers, aku color kuning jugak. haha


 
ni yg paling aku suka, jetman! juga kuning :DD

rasa macam ada lagi kot, nanti sambung part 2 ;)


hai best nya zaman 15 tahun lepas. tak de masalah besar. kalau besar pun bila petang2 tak leh keluar main awal. lepas tu malas buat homework.

dan masalah terbesar masa darjah 1 2 3, susah nak hafal sifir. ahahahha


Sunday, March 11, 2012

welcome back to school ^^

assalamualaikum.

selamat cuti sekolah kepad murid murid sekolah dan para cikgu :D

saya je yg cuti awal and now, back to campus life..

and esok start class dan sem ni memang busy lagi pack!

walaubagaimanapun , isnin dan selasa adalah hari yg class nya saya memang tak suka
(hai la sakina, awak dah set tak suka, macam mana nak fall in love dengan subjects tu?)

ye, class IC and WORKSHOP adalah sangat tak best. seriously :(

terserlah kebosanan kan? dah lah sorang perempuan yg dah sem 6, yg lain sem 1 beb. sapa lah yg suka. duduk sorang2 kat meja, sebelah takde orang, kat depan 2 lelaki ~ haih~

dan sem ini seperti bakal sibuk yg amat sangat, tak seperti sem lepas yg asyik goyang kaki, tidur sampai lebam ",

di samping ini, saya ingin mengucapkan selamat kembali belajar kepada yg baru masuk belajar. hihi. nah, rasa kan pengalaman terindah dalam hidup, iaitu zaman kampus. 

gaya nya seperti tiada motif untuk menaip lagi dan slide IC yg 2 atau 3 minggu lepas yg disuruh re-do pun belum siap -,-

maka nya ya, undur diri dulu.



till then, take care people!

Wednesday, March 7, 2012

ramai nya manusia yg ada PHD~

assalamualaikum

selamat hari rabu, well, rabu je mesti hujan. macam tau tau je ada pasar malam. baik di tempat study atau pun di rumah~ tapi bagus jugak, Sang Pencipta nak kurang kan dosa apabila kita semua berjimba membeli belah sampai lupa waktu maghrib :)

ok, tu pengenalan je. by the way aku memang pegi pasar malam tadi tapi sempat melawat 2 lanes je. sebab hari pun hujan. alhamdulillah, rezeki turun dari langit..

then, online la, ada status fatin liyana si blogger cantik yg sangat otai.


nampak tak? malas pulak aku nak taip panjang2. ramai sungguh yg buthurt (ehh camni ke spelling die?) bila FL mintak sponsor. 

korang boleh ke official page FL kat sini, then baca lah 1 by 1~

kepada si buthurt buthurt sekalian, apa masalah nye dengan kau? ade ke menjejaskan ekonomi kewangan korang? jangan la menunjukkan sangat sifat tak bertamadun kau tu. biar lah die, bukan ke FL boleh tolong blogshop itu lebih maju? 

haih la, cakap banyak pun tak guna. susah cakap dengan bangsa PHD hebat belaka ni kan? 

aku bukan lah kipas susah mati FL ke apa ke. tapi cara yg condemn tu seriously cam ohh my god kau ni jenis manusia apa? 

cara kau bercakap dan menunjukkan pandangan, orang boleh nilai kau ni manusia jenis apa.

any objections?