Sunday, February 27, 2011

sangat best berada di rumah sempena cuti mid sem ^^


Assalamualaikum babe and dude!

Actually aku dah siap landing kat katil tadi but then rase tension pulak sebab taboleh tidur. Lalu ku buka laptop kesayangan dan dengan harapan menaip dua essay untuk professional communication. Yaa! Kena submit yawww kalau tak silap last semalam. Tapi aku rasa madam macam cakap submit sepanjang cuti mid sem ni ^_^

Ahh! Persetankan semua itu. Internet di rumah sangat laju. Sampai aku rasa nak nanges je sebab ter over happy go lucky. Bahahahahaaaa! Apa bang buat assignments kat rumah babe! Kata otai, otai buat keje last minute, esok nak hantar, malam ni baru la gelabah tenuk nak buat. Tssskkk~~ Hoi, aku tak gelabah okay, relax sudaa, duniawi saje~~

Okay, banyak pulak mukadimah die kan. padahal tadi atas katil aku rasa tension nak mammmm je tau. Okay, kau bayang kan diri kau ni ada banyak sangat benda nak buat, untuk kemajuan dan kebaikan diri sendiri. Tapi ada kekangan untuk kau mula kan langkah kau, ada halangan untuk tak kasi kau buat semua tu. Kau rasa macam mana? Meh sini kasi story sikit. Haih~~~

Aku pun tak tahu macam mana nak kasi paham dengan lebih lanjut. Dan ni bukan la tujuan utama aku menaip untuk entry ni..

And aku nak bagitahu korang yg aku dah berada di rumah yg damai indah bak syurga dunia!!

^^ Tempat tidur yg best lagi sejuk.
^^ Makanan yg banyak tak tehingga.
^^  Internet yg super duper laju giless.
^^  Tiada lagi kesukaran menjalani hidup buat masa 1 minggu ^_^
^^  Tiada lagi ketakutan sewaktu mahu tidur. Bmi banyak hantu la weyyy!!!
^^  Tiada lagi kerisauan nak makan apa dinner, lunch, supper~
^^  Tiada lagi kehidupan yg tension.
^^  Tak perlu risau dengan baju kotor yg banyak.

Wahhh! Terasa diri ini bahagia~~ J


the pictures of this entry:


the gathering of the family


 this is the picture of 2008. the look of 2008, so kid!


while this is the look of 2010. can u see the people start to grow?


i miss cooking!

..:: before::..

 ..:: after ::..

 the mushroom pie 


okay, it almost 3.15am. must sleep now... daaa~~
take care!


Wednesday, February 23, 2011

entry ini tentang test yg dah lepas 3 papers, teman dan "siapa kasi saya short letter ni?"



Good evening babes and dudes!

Malam ni gua nak story pasal 3 papers yg gua dah amik since Monday..
Pergghhh!!! Menyirap kot gua. Rasa rasa semua paper tu macam hampehhh je. Aku rase la kan, ni bukan test or mid tem exam tapi macam final dah kot.


Engkau nak tau ke kenapa? Soalan bajet nak macam final je, aku iye iye bajet senang nak mammmmpuusss. Last last tengok, gelak besar kot… HAHAHAHHAAHAHAMPEHHHH!
(ish, ayat kelihatan agak kasar kerana berjiwa rock sekarang)
MyEm0.Com

Hai laaa, both papers today, power system and control system memang tak boleh belahhhh la kan…Yang laen pun same je kot, so whatever!

Dah la, malas nak ungkit, persetankan sume tu, sekarang tak sabr dah tunggu next 2 papers on tomorrow and Friday then I’ll be homieee!!
MyEm0.Com

Not to forget, engkau tunggu la next entry, gua rasa gua macam meluahkan perasaan je nanti, kahkahkah. Tibe2 pulak rasa nak menaip panjang giloss megikut kata hati yang tersirat.

Tahu kah? Kalau tak tahu, tunggu la yep!

Till then, gua nak letak picture apa ye? Sabaq sat, tengah godek folder picture yang bapakk banyak punye gamba..


-
--
---


Ha, ni aku dapat masa form 4 kat teknik. Sape kasi ye? Sila mengaku cepat. Kalau tak, aku jumpa bomoh nak tengok sape orang nye. 
Haha. tetiba je rasa nak tau sape kasi ni~ boleh bekenalan. ahakss!
MyEm0.Com




Do they remember me as I did?
leena, laila, myra, mas, qila, alif, etc
but i did spend time with them the MOST before.






till then, take care and have a nice day!

Sunday, February 20, 2011

saya sekarang sedang ON mood test. awak macam mana?


 Assalamualaikum korang~
Happy Sunday!

Uhh! How I spent I weekend? By the way, start esok adalah phase test. Phase test tu gapo dio? Phase test tu macam mid term exam. Tapi kat sini dorang tak panggil exam, just a test. But test pun serupo lagu exam jugok. 
(apehal aku dok speaking ganu ni? Ada jap gi nak kena buang negeri)

Okay bebeh! Start esok till Friday aku akan sebuk (ekceli buat buat sebuk study, macam biase la, macam korang tapenah buat kan.haha)


Monday à engineering mathematics IV (8.30am)

Tuesday à professional communication I (12.30pm)

Wednesday à power system (12.30pm) and control system (4.30pm)
See, systems belaka. Subject nak up je kan. Haha

Thursday à essential management principle (4.30pm)

Friday à measurement and instrumentation II (10.30am)

Aku rasa duration each paper is about 1 hour or 1 ½ hour only.

And now aku baru study maths and sikit sikit for professional communication. Yang laen tu macam biase, 1 day before exam baru aku study :D

And aku akan balik rumah on Friday till next upcoming Sunday. And it will be more challenging after that since report sedang beratur nak disiapkan, also others tests and quizzes yang queue nak suruh aku jawab. Siap la korang nanti! Sorang sorang aku kerja kan~


 ha, ni la my BFF when i was in college :)
(terkenang time study dengan kawan2 dulu dulu)


sekarang test baru, tunggu la final nanti, muntah hijau aku study!


ehem, nak macam ni boleh? hikhikhik


And I hope this test will be done smoothly and aku tak ter stuck tang mana mana since aku ni cepat gabra, nerves sikit babe~

Korang bila test and mid term? Dah study ke? (aku tau belum :p )

Thursday, February 10, 2011

kalau boleh~


Tak suka bila terfikir benda benda yang annoying lagi menyampah..
Walaupun cuba tak nak fikir, tapi suka datang..
Suka spoil kan mood yang sememang nye tak berapa nak baek..
Benci bila aku berada di suatu situasi yang sangat sesak kan diri sendiri..
Benci bila berada di suatu tempat yang sangat asing, sangat empty..
Benci bila semua perkara jadi tak kena..
Benci bila semua benda yang aku nak tak dapat..
Benci bila aku terfikir benda yang remeh tapi menyusahkan..
Benci. Benci dan sangat benci..
Kalau boleh, nak je bergembira setiap masa. Tak nak fikir (tapi selalu terfikir)benda benda yang membosankan, menyakitkan hati..
Kalau boleh, nak je duduk rumah, malas buat apa apa..
Kalau boleh….
I am finding my own self. Yang aku tau dulu bukan macam ni.
Aku tau motif aku menulis ni tapi korang mesti tak faham kan? Messy and so whatever~
Gambar hiasan macam biasa;

.
.
.
.
.


ni buku aku masa umur 3 ke 4 tahun..
dulu masa kecik kecik aku hafal beb buku ni..




ni of coz la baju aku kan, masa umur 4 ke 5 tahun kalau tak silap. mesti la aku tak ingat kan.. hakhakahk



the sisters :)

(emosi yang kurang stabil sebenar nye, maka nya terhasil lah apa yang aku taip kat atas tu)

bye!
nak tidur tengah hari ~~

Wednesday, February 9, 2011

a journey to remember


Assalamualaikum ~~ (jawab jangan tak jawab)

Ni adalah salah satu entry terperam yang lama aku tangguh. Sorry guys sky, hany, ramadhan, amin..

Actually this is amin’s birthday on 26th January but kami celebrated on 28th January. A bit late since cari date sesuai untuk overnight.

A big THANKS to amin sebab drive about 275km on that night around KL. Gombak to kampung baru to cheras downtown to cyberjaya to putrajaya to Gombak ~

Sampai aku dengan hany tersenguk kat belakang, diorang boleh lagi berdebat, share macam2 kat depan. Kadang2 dengar macam nak bergaduh je diorang ni =,= rindu kot, lama tak jumpa.


Officially 22 y/o babe!



Yeay! Amin dulu sambut birthday yg ke-22 walaupun hany dengan sky sebenarnye dah sambut dulu tahun lepas. Haha. Just aku dengan ramadhan je masih muda belia. Hakhakhak. Kasi lempang sikit. Ni gara gara tak centre sebab kejap lagi ada meeting dan malam nanti ada oral test mandarin.



Ramadhan, sky, amin, kina, hany




Guys, this might be the last time kita celebrated birthday amin, next year amin celebrate dengan mamat dan minah saleh la jawab nye. Haha. Tak kenal dah kina, kenal kina granis je. Haha


Sape tak tahu kina granis tu sape, tengok gambar dia kat bawah ni.

Picture from Google.





Ha, this one time kat putrajaya, about 5 in the morning.


Finally, kami sampai di bumi bmi pukul 6.30am.


~TAMMAT~


Sunday, February 6, 2011

the super boring "boarding school" after all - part 1



Assalamualaikum! Hello guys!
This entry is agak panjang lebar. Korang mungkin boring and tak faham apa apa. Tapi baca je lah, mungkin korang faham. haha
Today is super Saturday, which is my favorite after all plus I’m at home. Well tomorrow I’ll be going back to asrama which I can call “the super boring boarding school after all”.
Why I’m saying that? Because that place is really super bored and bored and bored and really annoying for me. Your life there is just like when u was at boarding school before, wore the uniform or I can replace with baju kurung or so super duper proper attire and went to classes. Then u must go back to your room before 10pm. Sorry if u can’t accept. Just read okay and if really annoy with my statement, leave this page immediately! I never go through with the environment like that before. So that, I call that place with “the super boring boarding school after all”.
Okay guys, itu baru sikit. Tak masuk lagi bab study nye. Aku pun tak tahu kenapa malam ni rasa nak complain very very much a lot. Amik kau, memang macam banyak je kan. Ye la, tak baik complain complain ni, nothing perfect kan but like I care if myself really not comfortable with what I face right now!
But the most thing yang aku paling risau adalah apabila sesi pembelajaran adalah sangat99999999999999 slow, perlahan, relax macam sekarang aku sedang amik foundation yang belajar fizik, basic math and yang senang senang lah.
Imagine, sekarang dah week ke 4 dan aku rasa input yang masuk sangat kurang. Wahai lecturer saya sem ini, kenapa slow sangat ni? (excuse me, tak semua ye, but half of them) Serious aku risau!!! Iye, sebagai student kita tak patut rely too much on lecturers tambahan pulak sekarang ni degree, bukan diploma atau sekolah tapi lu fikir lah. Kalau pokok nye dah slow, harus lah yang laen pun slow.
Kenapa lah banyak yang menyusahkan dari yang menyenangkan? Cuti CNY hari tu, aku dah bagitau parents aku balik selasa petang, ikut timetable aku la.
8-10am aku memang dah burn 1 class sebab aku malas, my mistake.
Then next class aku 12-2pm aku dah pi class, masuk lab and so “exciting” bila lecturer cuti. Ok fine, aku pun cakap la dengan kawan2, “kite sambung buat je lah lab yang minggu lepas ye” konon tak mahu waste time. And the best part when the technician lab datang and bagitahu yang lab kitorang buat last week tu adalah lab sheet yang tak betul. Damn shit tak?
Okay, next kami pun pulang. Ready for next class at 3-5pm. Aku dah jalan penuh semangat dah sebab tu class last untuk hari tu. Agak2 dan nak sampai, kawan2 clasmates aku mencicir pulang. Dorang cakap sir cakap class takde. Okay ni lagi damn shit sebab a few hours before tu, aku jumpa lecturer tu, dan beliau cakap class seperti biasa. And hari sebelum tu pun aku Tanya and beliau cakap lagi class seperti biasa. Beriye je nak habes kan silibus. Kononye lah kan. Well, melayu tetap melayu. Kau fikir lah sendiri.
Benda2 macam ni sumpah aku tak penah jumpa masa aku diploma dulu. Dan aku memang tak suka benda benda yang orang buat remeh macam ni sebab akan menyusahkan aku. Tolong lah, aku dah muak! Kadang kadang, gelak pun gelak jugak bila lecturer cancel class, ajar macam nak tak nak, yela, best la sebab habes class awal. And kadang kadang aku suka jugak class takde. Boleh balik hostel tidur ke buang masa kan. Tapi kadang kadang aku fikir kalau dah week 4 nak masuk week 5 pun kau boleh nak maen maen, nanti kau tak macam gelabah gaban pulak nak kejar kan? Lepas tu nak menyusahkan student tetiba kasi test quiz and submit lab, assignment at the same time.
Yes I know that great mind discus event, average mind discus idea and worst mind discus people. But aku takkan discus sumthing kalau ia nye takde kaitan dengan aku. Macam sekarang, ada kaitan kan? And sorry if ada yang terkecil hati but this is really what i mean.



**gambar hiasan harus adaa**





Thursday, February 3, 2011

apa naseb rakyat malaysia di mesir?


assalamualaikum korang.. ini serius.. aku bukak page Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir

and aku baca ni.. korang baca lah... memang kesian =,=


___________________________________________________


salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html

http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html

apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.

ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga, kan?

lagi sekali.

sampai bila?

nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.

kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.

sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.

kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca.

wassalam.



__________________________________________

wey, adek aku kat sana wey!!!

tak tau dah aku nak komen apa,,,

may ALLAH saves everything.. amiinn.....