Wednesday, December 26, 2012

rindu semua kawan kawan saya

assalamualaikum...

selamat pagi rabu

u know what, baru pagi ni matahari keluar after a few days mendung je..
GOOD MORNING SUNSHINE!

just wanna share my thought, my feeling towards my friends..
how much i miss my friends so much.. a long time tak jumpa, tak borak2.. banyak betul cerita nak share ni..

rindu kat bestie, ili.. kawan zaman sekolah teknik dulu.. aku rasa paling rapat, paling kekal si cek mek tu lah. bakal jadi tunangan orang in a few months later. babe, iollsss tak sabar ok!

same with my misha, college-mate masa kat lagenda... sampai sekarang kami hang out.. rindu nak karaoke..

rindu tum, ika, zaty, amin. kawan buat assignment masa di kolej dulu. best nya, susah senang pun sama sama. dekat nisa jugak, my 3 years roomate. rindu ber-pillow talk, rindu bercerita. rindu semua kawan2 kat kolej.. kenangan di kolej la yg terbaik sekali, yg pasti aku memang tak lupa sampai bila bila :)

rindu jugak kawan2 di bmi.. ecah, fafau, kak illa, lynda. tak lupa jiran tetangga yg selalu terserempak kat wash room. dorang semua baik baik belaka. banyak tolong secara tak langsung..

ada yg lama tak jumpa due to kesibukan masing2, study, kerja.
so it can be -dimaafkan lah-

bila dikenangkan, memang kita ramai sangat kawan, kenalan. tapi on top of that, berapa orang daripada dorang yg so called truly friend?

i can see that i have a few. so lucky to have them. eventhough lama tak jumpa, keep in touch pun sekali je setahun but tahap kepercayaan aku kat dorang still jugak 100%. still can be trust.

and 1 thing, aku jugak belajar erti friendship yg musnah akibat kebodohan si perempuan yg sibuk mengejar lelaki dan juga sanggup tuduh aku macam macam. and aku rasa to be friend like before is impossible because the girl like tak sesuai untuk dijadikan kawan. juga aku rasa tak menyesal tak ada kawan macam tu.

after almost 6 years aku hidup berkawan since after SPM, a lot of things yg aku belajar. macam macam jenis orang aku jumpa. macam macam ragam manusia. so i learnt a lot. how to deal with people, how to be around with them.

a few weeks later, aku akan start internship. a new things pulak aku akan belajar, environment baru that i will enter. ragam manusia bekerja pulak.

itu semua lesson berguna bagi aku. tak sabar pun ada, nervous tak payah cakap lah..

so, bye!





Saturday, December 8, 2012

takdir

assalamualaikum...

seronok sungguh aku di rumah.. makan dengan banyak sekali lepas tu bebel berat naik, baju tak muat, peha besar, yadaaa yadaaaa yadaaa~~~

by the way, hari ni best sebab ada kenduri dua pupu; anak sepupu mama.. i have my own task, to give goodie bags kepada tetamu.. penat hokey, baru bagi goodie bag, belum sendiri nak kawen..

left to right; mama, pengantin lelaki, pengantin perempuan (dua pupu), mak pengantin perempuan, aku.


btw, congratulation kak ngah. semoga kekal ke syurga, dapat baby cepat2 :) 



then otw balik, mama cakap teringat kat arwah tok..


isnin 24 october 2011. petang, dalam waktu asar wan (atuk) call mama, cakap tok lelah sampai tak larat bangun. wan nak bawak ke hospital tapi tok taknak. then mama datang, ajak tok, tok nak. tok pun bersiap lah sendiri pakai baju kurung dia, tudung and bawak handbag. jalan ke depan rumah, naik kete mama. mama pun bawak ke hospital, wan ikut sekali.. kira time tu tak lah teruk sangat pun..

then dah sampai hospital, dorang buat gelabah, terus lah terbaring tok atas katil. tah apa jadi, tok dah tak sedar. punya lah usaha misi2 ni gigih dok sumbat tiub thru hidung dgn mulut. jolok lah dorang tiub tu masuk mulut nak bagi sampai kerongkong. tok dah tak sedar ni. tapi sambil dorang dok jolok, hujung jari tangan dengan kaki dok gerak2 menggeletar, sakit lah kan. dah tak sedar, mana nak boleh cakap sakit. yg ni memang aku rasa macam nak pijak muka misi tu bila dengar mama story.. aku tengok gambar penuh wire dengan tiub sana sini. hairan. yg penyakit nya lelah. im not a doctor yet a medical student. but rasa sakit hati dengar mama story. mama pun tak kan la nak marah kenapa nak jolok hidup2 macam tu. tu memang cara dorang kot, kita fikir dorang nak tolong je. then baru sekarang ingat balik baru sedar. rasa sakit hati pun ada dengan cara dorang tu.

magrib mama baru call, bagi tahu tak sedar. ada hati pulak doctor nak tebuk dada, kata paru2 berair. kepala hotak betul. lepastu pulak kata paru2 tak berair pulak dah. masa tu dah masuk ccu. malam tu kira family boleh masuk melawat lagi, teman tok.


selasa 25 october 2012. doctor mintak permission wan utk tekan dada, utk apa tah aku tak tahu. tapi wan tak bagi, dia cakap tok dah tua, takut tulang dia patah. adik aku cakap makin kritikal, makcik aku pun balik, then aku dari gombak pun balik perlis petang nye tu. sampai pukul 12 tgh malam, terus gi hospital. masa tu ramai jugak family di hospital tunggu luar bilik. family dah tak boleh masuk langsung dah. aku pun just tunggu kat luar kejap lepas tu balik, ingat pagi2 esok nak pergi tengok. 

then dalam 2am macam tu doctor bagi family masuk. pak ngah jaga dengan cousins aku 2 orang. doctor check, tok dah tak bagi response. mata dah tak response lampu torchlight yg doctor suluh, lebih kurang macam tu lah. 


rabu 26 october 2012. dalam pukul 8 lebih macam tu pak ngah kot kalau tak silap, suruh datang hospital. so kitorg pun gerak. doctor kasi masuk ccu. family aku pun masuk. aku bukak pintu je dah berdegup sangat jantung sebab dengar misi dok ajar orang mengucap, kuat gile. memang kuat gile. rupa nya misi tu tengah ajar tok mengucap. pak ngah, awie pun ada. wan takde masa tu, gi minum kejap. then misi dok pam oksigen. pegang kaki tangan tok, sejuk sangat. keras. then misi suruh ajar tok mengucap. then wan pun masuk, baru la doctor cakap tok dah takde.


motif entry. aku rasa fobia dengan hospital. especially gov hospital. yes itu semua ajal. but how they treat. itu aku tak puas hati. bukan sekali aku dengar. banyak kali. jadi bahan experiment la, buat sesuka hati la. 

maka nya aku berazam dengan mama tadi, kalau aku nak bersalin nanti (walaupun tak kawen lagi tapi dah plan) memang aku nak ke private hospital. 

even masa aku gi klinik kesihatan pun. duduk tak sampai seminit dah keluar bagi ubat. 

maka nya aku akan bekerja dengan keras supaya bila sakit selain demam selesema, aku mampu untuk ke better place yg treat patients well. 


bila teringat, rasa sakit hati sangat, sedih je. kalau aku kat tempat mama rasa nya, dah keluar dah kata kata kesat aku. rasa tak boleh terima betul. dari duk sihat, kuat, tetiba lelah teruk sikit. mampu lah bersiap sendiri, jalan sendiri naik kereta. tak payah pimpim pun. tuptup sampai hospital, terlantar kat katil terus tak sedar. tiub sana sini, habis. tu yg buat aku tak boleh lupa. lain la kalau sakit teruk yg terlantar. aku rasa tak lah aku ingat sampai sekarang. plus aku memang cucu tok dari kecil. tido pun dengan tok sampai umur 9 tahun. kalau mama takde ke tinggal aku pun, takde hal punya. asal kan ada tok.


however, itu semua takdir.

Monday, November 26, 2012

exams, assignments, tests, projects. NO MORE.

ASSALAMUALAIKUM..

terlebih dahulu jom sedekah kan al fatihah untuk saudara kita di palestin yg telah syahid, seperti kehidupan mereka tiada hak asasi oleh manusia keji yg langsung tiada hati perut...

_____________________________


well, im done. done with 7th semester after having my last final exam paper just now. ALHAMDULILLAH. that's the only word that come out right now..

im done with my all assignments, report, final year project, final exam. sekarang cuma perlu ke industrial training selama.

by the way, ini cuma entry pendek.

semoga ALLAH melindungi kita semua.

:)

Sunday, October 28, 2012

keep calm and finish them perfectly. yes i will.

assalamualaikum,,

selamat hari raya aidiladha..

pada hari raya kemarin, tepat setahun arwah tok tinggal kan kami. it's so sad u know. she's perfect woman, she's kind, tak pernah nak merungut apa apa pun.. may Allah keeps her save there :)

by the way, im at home for raya and will be back to uni this morning, sunday morning. sure will stuck in the traffic jam kan? but what to do, semua orang pun balik beraya.

and next week adalah minggu terakhir untuk aku siap kan final year project aka fyp aku. ada 1 part yg aku tengah usaha kan untuk satu kan operation tapi tak jadi malahan 1 circuit pulak tak operate. syukur la aku ada back up T_T

so nak kemas kan circuit, kemas kan prototype dan masuk semua circuit dalam casing, tebuk sana sini, then SIAP!!  kemudian nak amik result pulak as to prepare for the report kan. kemudian yg best nye poster utk hari presentation 8/11/12 belum buat. bagus jugak. hampir lupa. nasib itu wa kasi setel sejam je. HAHA gelak lah aku, esok menangis.

lepastu, rabu ni 31/10 aku kena present innovation punye proposal which in group. but before that kena submit proposal tu dulu. yg best nye, part aku dgn kawan aku 2 orang dah siap. yg lagi 2 macam masalah je. disebabkan aku kena check balik before submit, aku rasa runsing. benci amat keje dalam group! kekadang laki pompuan sama je tapi yg ni pompuan ok, yg laki tu haa masalah problem...

i know i can do it. just keep calm and finish them one by one. i'll finish them perfectly, insyaallah. luckily aku ada experience buat keje yg banyak dalam satu masa , waktu aku di kolej dulu. aku takde hal kalau tak tido malam just nak siap kan keje. wa kental beb. HAHA

tapi tu la, disebabkan fyp tu yg aku cuak sikit. memang mental kena kuat. no more give up. plus additional problems yg superb hazab otak ai. letih mak T_T

dengan intra yg super remeh. nak mintak untuk intra pun leceh, nak consider, tunggu, interview. haih, kasi jelah, bukan saya nak kerja melingkup apa sangat pun. intern 4 bulan je cik puan sekalian~~~

lepas presentation tu confirm aku henjoyy to the max..

lama kan tak update, sebab bila nak update je terus speechless nak taip apa sebab banyak sangat.

so my eid adha is nice, baik sikit dari eid fitri before do to some circumstances.

finally, thanks kerana membaca hingga ke akhir nya. saya appreciate anda. bukan senang nak baca sesuatu bebelan dari seseorang yg asing bagi kita.

may ALLAH saves us all.

salam aidiladha, semoga sedikit pengorbanan kita akan membawa manfaat kepada diri sendiri, bangsa, agama, dan masyarakat.

sila lah menatap gambar raya di bawah, saya bersama cousins tersayangss, yg tinggi lampai itu adik saya.



wassalam :)

Tuesday, October 2, 2012

gen y ^_^

assalamualaikum

october is coming! 3/4 of 2012, how time flies very fast..

by the way, i have a chance to attend the last talk maybe at my uni. program tu diberi nama sembang santai generasi y. panel nya sangat best, ustaz abdullah khairi, diana amir adgn youk bunkface.



kenal tak siapa ustaz abdullah khairi? dulu aku pernah tengok 1 video di youtube, seorang imam tengah bagi khutbah jumaat yg sangat garang. kalau orang tidur ke, siap kau. ce google tengok :D

he's awesome i tell u. tak rugi aku pergi talk tu. same with diana amir and youk bunkface. u will never expect that is youk :)



but the best part is from ustaz. he told a lot of stories.

but the most thing that i remember is that "ubah diri kita dulu, baru kita boleh ubah orang lain".

also, we are nothing to judge people. just do our good deeds and let Allah determine and judge them.

lama betul aku tak join talk ni semua. ni makanan rohani beb. perut pun mintak nasi, roh pun mau jugak. boleh mati hati kalau benda ni kita tak ambil tau. 

yes, i'm trying. small steps become a big change in future. insyaAllah :)


please forgive my ugly face. well, it's 11.40pm and it's raining outside. and the syaitonirrojims seems like hanging on my eyes. majlis macam ni, mana benda2 macam tu nak suka -,-
(tutup muka, ada hati nak back up diri sendiri)


till then, may Allah protects us anywhere, everytime. 

let's sleep people!





Sunday, September 30, 2012

kata kata pujangga yg terlalu bermakna

assalamualaikum...

satu benda yg nak share dengan korang.

it's a good words actually.

semoga kita selalu pegang kata2 ni~

__________________________________


Berpeganglah pada falsafah ini :

“Tolong-menolonglah menegakkan apa yang kita sepakati, dan berlapang dadalah dengan apa yang tidak kita sepakati.”

“Pendapat kamu itu benar, tapi mungkin juga ada silapnya. Pendapat aku ini salah, tapi mungkin juga ada yang betulnya.”



Pertarungan idea yang tidak beradab akan mendorong kepada pertengkaran dan perbalahan. Dan jangan sekali-kali kita mendekati pertengkaran kerana padanya terdapat pihak yang ketiga yang akan membisikkan kita ke arah memutuskan silaturrahim. Syaitan laknatullah namanya…..!!

Sekalipun kau tahu kebenaran berada di pihak mu, namun jagalah adab-adabmu apabila kamu menasihati atau menegurku ini. Sesungguhnya kamu tidak akan mampu memberi petunjuk kepada sesiapa yang kamu suka, tetapi yang memberi hidayah dan taufiq itu hanyalah Allah Rabbul Jalal. Maka mohonlah petunjuk itu dariNya.


__________________________________________________


nak berkata2 sangat pun biar beragak dan biar kena jugak pada tempat nya. biar berlapik dan beralas butir perkataan nya. jangan nanti yg nak disampaikan tu sendiri tak sampai, diri sendiri yg dikata2. what u get by getting emotional publicly? rasa puas lepas kan lepas caci maki hina mereka yg tak sependapat dengan kita?


let's be matured. don't mess our life with those rubbish things. life is about enjoy and appreciate everything.

jaga kata2, sebab tu lidah tu lebih berbisa dari pedang, lidah itu lebih tajam dari  mata pedang..

 :)

si desperate menagih simpati

assalamualaikum

si desperate tak akan berhenti melatah
menjaja cerita
menjaja kisah
menagih simpati orang
minta dikasihani konon dikhianati

people judge us on what we said
orang bodoh je yg tak nampak

dan si bodoh itu juga yg cepat meggelabah
lega bila si bodoh tu remove aku dari FB lepas dengar si desperate menjaja cerita mengadu domba
sekarang aku tau mana bodoh dan mana yg bijak
konon si bodoh adalah pencinta sejati kepada si desperate ni
tapi tak sedar dikuli-kulikan, jadi tempat isi masa kosong

haih, this kind of people are born to have an experience maybe

anyhow, it's not about i'm never interpret myself
i'm not perfect too but i was talking based on what i see
just please don't simply said

may 1 day u realize something. to be friend is impossible for me
enough for everything u did

hate to post this kind of entry.

sabar je lah aku.



Monday, September 17, 2012

awesomeness creation by jovian mandagie!

assalamualaikum,,

salam berakhir nya syawal sobsob :'(

semoga tahun depan sempat merasa ramadhan dgn syawal lagi...

by the way, baru lepas berkeliaran di facebook and ternampak ciptaan terbaru by jovian mandagie. baru ke? ke aku yg lame -,-

awesome people! excited sungguh aku tengok baju2 tu, kalau range rm100-200 ok lah lagi sure aku beli. terpaksa tunggu dah keje nanti :D



boleh ke page jovian mandagie sendiri untuk shopping, atau zalora juga..

sedang excited lagi tengok baju2 ni semua..

i'll get them someday ;)

till then, selamat hari malaysia..

i proud to be Malaysian, may Allah protects us in any harm and danger :)

Thursday, September 13, 2012

jodoh



Jodoh kita adalah diri kita,

Mencari jodoh adalah mencari diri kita,
Belum bertemu jodoh,

Bermakna belum bertemu diri kita,
Sudah ada jodoh,
Bermakna sudah bertemu dan kenal diri kita.


Jodoh kita adalah diri kita,
Mengenal jodoh adalah mengenal diri kita,
Mengenal diri kita,
Bermakna mengenal TUHAN kita,
Kerana,
Jodoh kita adalah urusan TUHAN kita,
YANG MAHA TAHU siapa kita dan siapa jodoh kita.



Selamat mencari jodoh.
Moga bertemu dan kenal siapa ALLAH - TUHAN YANG MAHA SEGALA.







by: habibabdulsamad@azharibrahim 



link -  FB ustaz 



____________________________________________


maka nya, jodoh adalah cermin kita sendiri..
dalam surah an-Nur ayat ke-26 ada sebut

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."


no offence people
have faith :)



by the way, sorry for the previous entry. it quite emotional. i was very disappointed with someone that i used to be friend with. but we know that people change aite. may Allah bless u. 

Friday, September 7, 2012

to whom it may concern #1

assalamualaikum..

lama tak update, tak rajin betul seriously..

but this entry is dedicated to U. u know who u are.

_______________________________

sebelum ko ungkit apa aku buat kat ko, aku x back up ko, ko patut ingat balik apa ko buat kat orang. aku bukan nak balas dendam ke apa. aku just cakap benda yg aku rasa betul. ko cakap aku buruk kan ko? aku kutuk ko? sorry to say, aku tak perlu pun cakap macam tu sebab perangai ko sendiri dah tunjuk kan diri ko tu sape. kata2 ko sendiri dah buat org fikir ko tu macam mana. ko sendiri yg bukak mulut tentang diri ko. lain kali, guna otak sebelum cakap. guna akal sebelum buat apa2.

yes, i used to trust u. i used to know u, but time by time, aku rasa aku dah tak kenal ko tu sape. maybe u just showed your true colors. or aku yg berubah? sure i'm not.

at first, sape yg tinggal kan sape? i don't ask u not to be friend with "others". aku tak suruh pun ko bermusuh even dgn org yg pernah bermasalah dgn ko dulu. ko tau kan sape? jgn sampai aku cakap ko memang mudah lupa org bila dh dpt apa2, bila ko dh senang sikit, dh ada "teman" baru. but it's true.

ko jgn nak kata aku tak support ko sbg org yg dh lama kenal ko. sbb aku kenal ko la aku cakap mcm tu. apa yg aku cakap buat ko sakit hati? sbb aku cakap ko mst menyesal? sbb aku cakap ko mst rugi? sbb aku cakap aku kenal ko? please make a sense. jgn nak terasa lebih sgt la. cakap je kalau ko memang dh rasa tak boleh get along dgn aku. sebab aku dh lama rasa mcm tu. aku memang tak boleh terima cara ko yg "sekarang yg ko dh berubah tu". u changed first babe. u are totally different.

aku malas nak contact ko, buang duet aku je semata2 nak cakap benda mcm ni. u are not too young to think lah. be matured. aku pun bukan nye baik. be matured wey be matured!

what does friendship mean to u? get to know about that first, ingat balik apa ko dah buat kat org before ko nak persoalkan apa org buat kt ko.

Saturday, July 28, 2012

esok saya akan pulang ke hostel! :'(

assalamualaikum

esok akan ku jejaki hostel yg ku rindui wahhh gitu

susah hati tau tak, apa la aku nak makan masa berbuka nanti?

mana lah aku nak menapak beli makanan??

bila fikir positive sikit, that will be my last semester yawwwwww HAHAHA

yezza, my 7th semester and next year im gonna have my industrial training

i have to struggle much for this semester for the sake of my pointer so i don't have to pay the mara loan.

even i know it's not easy as my thought, but it's ok, i will try my best and i hope that my last semester will give me the best memory ever. perhaps.

and this semester i got the big room, bigger than all the previous rooms, which as my dream before. ahak~

hello 7th semester's lecturer, PLEASE be nice to me ya. like before, every semesters, 1 lecturer at least will SPOIL my pointer. even i just did my best T_T

electrical system building, innovation, final year project, those are three subjects that i'm dealing with.

bismillahirrahmanirrahim..
so now, i would like to say that the 7th semester is begin.....

:)

Tuesday, July 24, 2012

logo baru kemerdekaan ke-55



assalamualaikum

salam ramadhan ke 4 :)

by the way, petang tadi aku dah pelik orang duk cakap pasal logo baru merdeka.. 

first impression aku. 

EHH SERIOUSLY BETUL KE NI? 
JANGAN NAK BUAT LAWAK BOLEH?



yela, ce korang tengok, the previous logos were simple, nice and just fine. itu la yg dipanggil logo. tapi yg baru ni memang LOGO ke? apahal macam mengarut sangat? 

ke ni bukan logo sebenar tapi ada orang yg nak sabotaj?

tapi kalau ye, it doesn't make sense ok. 

yg 2007 sampai 2011 punya tu much better and simplest. and that are so called logo as well.

Friday, July 20, 2012

ramadhan al-mubarak


assalamualaikum

selamat hari jumaat yg berkat...

another 4 hours to welcome the ramadhan al-mubarak, the most barakah month for us as a muslim...






ramadhan wishes to me and u


  • solat terawih everyday
  • read al quran frequently
  • sedekah
  • do not waste the food
  • be moderate in everything; iftar, sahur, moreh
  • pray a lot
  • semoga puasa ni bukan semata2 lapar dan dahaga
  • may ALLAH grants all our doa and bless us

even dalam bulan yg lain jugak kita patut sama je, moderate in everything and be a good muslim..

may this is not our last ramadhan and thank you ALLAH for giving me another chance to celebrate this blessing month :)


Monday, July 16, 2012

long distance love

assalamualaikum..

wahh pagi sungguh aku update.. ni semua running man punya pasal. aku tengah tunggu benda tu habis download. by the way, dapat idea nak tulis pasal long distance love atau pun nama melayu nya cinta jarak jauh.. wahh gaya dokter love gitu puii!

well, we were very far from each other since we started our serious relationship. before that, we knew each other first, became a friend, talked as a friend before we decided to have a relationship then. eventhough we were from the same secondary school. panjang cerita nak story dari mula. tu nanti part lain lah eh? ",


how to maintain the relationship?

on 2007 and for 3 years, i studying at negeri sembilan while he was at penang. so can u see the distance? we met about 2 times per year. haha. i really don't care if we didn't have a date because i used to it. disebabkan itu first relationship dan aku start tak kerap jumpa, maka nya aku selesa macam tu. bagus jugak kan aku? HAHA

the most important is that u trust each other as well. make sure u trust your partner. partner korang juga mesti lah bukan seorang yg mata keranjang, melayan semua perempuan macam awek terdekat dan kaki penipu. kalau ye, sila la reject awal2 walaupun bukan long distance. gile hape nak partner macam tu?

never cheat, just tell the truth eventhough u date with a guy. haha. ye, partner mana tak marah kalau kau keluar dengan opposite sex kan? tapi nak buat guane, dah kau cari nahas kau pandai la tanggung. tapi kalau kau menipu, kau tak layak berpasangan. jangan aniaya perasaan orang lain.

update la activity apa kau buat, biar dia tahu dari mulut kita sendiri. tapi jangan la 24 jam kau dengan handphone je duk text sana sini. tak rimas ke? tapi jangan sampai 3 4 hari tak contact, kang orang ingat kau dah mati kering. pfft~ at least sehari tu wish good night pun jadi la, a warm chit chat before tidur ke. cukup la tu.. jauh, buat cara jauh..

jangan nak push suruh jumpa ke suruh datang kat kau ke.. no no no... terutama nya perempuan lah kan. aku boleh jamin yg kebanyakkan lelaki tak akan datang dari utara ke selatan semata mata nak jumpa kau tanpa motif atau layan rasa rindu rinduan kamu itu atau semata mata nak tengok kau. be matured ye. banyak kerja lagi korang boleh buat kan? so get your life busy. never push on anything ok?

dulu masa aku kat kolej, aku sangat busy. assignment belambak, dengan berpersatuan kawad kaki jpa3 nya, electrical youth club bagai cewahhh so aku tak la terlalu nak fikir nak jumpa or nak bergayut je. i was just fine thank you. still bawah kawalan..

berserah kepada yg Berkuasa. rezeki jodoh ajal maut semua dah ditakdirkan untuk kita. so kalau dah berusaha tu, selebih nya berserah je. kunfayakun. kalau jadi maka jadilah ia. kalau dah seminggu tu 5 kali clash, tu tanda nya korang memang patut clash. BHAHAHAHA

so far, it's been 5 years of our relationship. i prefer to make it as a privacy. he always told me that no need to show off. (ke nak cover dengan skandal? haha) for the first 2 years, it quite hard to maintain sebab mungkin masa berkenalan lagi. masing2 nak tunjuk perangai taring tanduk. but so far, aku rasa bersyukur dan selesa dengan apa yg aku ada sekarang..

juga, saling bantu membantu dan sokong menyokong antara satu sama lain. susah dan senang lah sama2.. selalu bagi kata2 yg membuatkan partner gembira, rasa bersemangat. what a partner for, is it?

misalan nya partner ada kisah cinta terdahulu, just let them go. itu cerita lama. that's why i said before, TRUST. people have their own history.

bagi aku sendiri, what makes your relationship last longer is that, make it fun. don't be too serious. we love joking each other. but don't over the limit.

and, remember the MOST IMPORTANT, limit between each other, the social, communication, interaction, mingle and so on. whatever it is, we still do not have a legal relationship. it's for me too..

pasal jodoh ni,, jangan nak menggelabah sangat, relax sudah...

by the way, this is based on my own experience.. u may take it as a reference. and everybody have their own ways to maintain. so, let's share!

ok lah, dah 97% download running man ni. tamat sudah. segala pertanyaan sila la tinggal di komen ye.. dokter leb tak charge apa2 pun.. BHAHAHA

Thursday, July 5, 2012

why blogging?

assalamualaikum...

just a quick update before i pray :)

just thinking of why we blog here?

for me, i blog because of

  • to share my valuable things happened in my life; any events
  • to share my thoughts on something
  • to release everything, kalau tak puas hati, more to melepaskan tekanan perasaan. u know that u can't share anything with everyone, they might don't understand u, dorang mungkin jugak menyampah, kadang2 bila nak share dengan someone, aku akan teringat quote yg "orang suka kalau kau ada masalah". dan aku bukan jenis yg mudah bercerita masalah dekat orang lain
  • i love to give a rant on something. haha for example who's the most handsome in the twilight sequel movies~ HAHA macam kat sini
so how about u?

it's ok if people hate to hear me, to read me here. they can just leave my blog. 

for now, i have lotsssssssssss of things to release. wait then. haha


Tuesday, July 3, 2012

mumbling at 2.25am

assalamualaikum...
lama nya tak update. nak update apa pun tak tau, nothing interesting lol

ni pun rasa nak update tengah malam nak pagi, depan tv yg gelap, tv kipas lampu sume turn off. malas nak on kan. jap lagi takut nak turn off, switch kat hujung nun jauh di sana walau pun rumah sekangkang kera je pun

actually tengah browsing on some blog, people's achivement. rasa cemburu of course. people at my age that achieve a big compliment where i have nothing, i guess.

i was thinking of doing something that can earn lotssss of money, sure everyone love money rite? i was thinking of i achieve something big, or at least now i am doing something that can i gain something later, 2 3 years more in future maybe. it's hard if u not START anything from now. yes u still can but it's a bit hard. trust me.

i was drowning in my own dreams now.

HELP ME PLEASE!

but PLEASE stop asking me to join stupid MLM ever like log in dapat duet or whatever, i did have the STUPID experience ever which i was too kind hearted to give someone rm1500 just like that and i don't feel like wanna cheat people like HE and his team (konon) did to me. that was my very bad experience ever yg aku TAKKAN cerita kat anak cucu aku, nampak sangat KEBODOHAN aku yg percaya orang sampai macam tu, yg desperate sangat nak kaya tapi guna cara HARAM. jangan nak sogok dengan tunjuk gambar duet kau yg banyak giler tu sebab aku tau la cara korang nak tark perhatian orang dengan letak gambar duet, bank statement what so ever. siapa tak rambang mata tengok duet wey?? fikir sikit.

haih~ teringat pulak kisah silam tu, terbang duet aku rm1500, kalau aku shopping, dah penuh tangan kiri kanan. derma pun dapat pahala weyyy. kalau simpan, dah boleh kawen kot. gulp! tu la sakina, lain kali kalau nak buat keputusan tu fikir habis and now aku dah dapat pengajaran.

ok, back to the main story, eventho aku dah penah buat business kecil kecil on my own, tapi still slow la. yes i don't have any knowledge, i never attend any formal lesson about business. aku pernah jual perfume, handbags, tudung tapi tak berterusan pun actually. but it's ok, itu pengalaman kan.

susah nya, kalau bercakap dengan orang, susah nak luah. at last aku menaip je lah. kalau ada yg sudi bagi pendapat or solution or just listen, thanks a lot. if not, i just feel a bit ok bila dah menaip apa yg aku tengah rasa sekarang ni..

sebelum ni aku tak rasa sangat down macam ni tapi since lately aku kerap sangat shopping, dan duet pn bocor macam apa je, aku memang rasa sangatttt.... wahhh tension wey,,, asal keluar rumah je, duet pun keluar lagi banyak... bila duet semakin berkurangan, aku susah nak round up utk buat business baru ok. that's the main problem.

ye la,, ce bayang kan, last two weeks, (aku duduk rumah sewa, aku stay about 1 month untuk settled down fyp aku. and it went well alhamdulillah) dalam masa 2 minggu tu, aku just jumpa supervisor aku sekali je tapi aku pergi sogo 3 kali!! kau nampak tak betapa banyak nye aku menyumbang kat sogo? tu baru sogo, belum bab lain macam makan la so on.

ok, dah. nanti pulak sambung. it's 2.50am. got to sleep. have a nice day people :)

Wednesday, June 27, 2012

hai carlisle cullen

assalamulaikum..

kalau korang nak tau, aku la manusia noob yg baru layan movie twilight. dalam 3 4 hari ni aku dah habis tengok 4 sequel movie tu. awesome! sangat menarik sekali :D

yg first whoch is twilight memang best, new moon kurang sikit sebab asyik pasal jacob yg annoying tu je, eclipse best and last but not least breaking dawn part 1 pun best :D

tersangat tak sabar nak tengok breaking dawn part 2 pulak, if im not mistaken it will b released on december~

yg membuatkan aku rasa tersangat excited bila tengok carlisle cullen. ohh handsome nyaaa kalah edward and the rest... suka suka suka!!!




ohh handsome nya lelaki ini.. 

nama sebenar peter facinelli

tak pernah aku layan english movie sampai tergila gila macam ni, fyi aku memang tak layan sangat pun english movie unless tengok wayang je sebab kurang feel kalau download tengok kat laptop je. so tengok wayang baru feel sebab focus 

macam budak2 je kan tapi aku rasa carlisle paling handsome lah sebagai kesimpulan.. 

senarai ke-handsome-an 
1. carlisle
2. edward
3. jasper

maaf, saya tak suka jacob

HAHA


bye

Wednesday, June 13, 2012

wordless Wednesday #16


kalau la roti plain tu dihias macaam ni, memang saya balun sebuku ^_^


oh ye, promotion handbags masih berjalan, sila ke link ini untuk menjamu mata dan membeli belah :)

Wednesday, June 6, 2012

kecintaan terhadap hello kitty sejak baby


assalamualaikum..



somel kan? haha gedik 
taip comel tak boleh eh?

hello kitty antara cartoon favorite aku masa zaman kecil baby sebab aku cam gegurl dulu2.. main kad pun gambar hello kitty T_T

tapi seriously hello kitty sangat comel dan tak lapuk ditelam zaman angry bird. haha

sila la layan gambar, saya mahu ke pasar malam, housemate sudah menelepon.





comel kan? buat la laptop background 

love.sakina.

Friday, June 1, 2012

mari membuat apam polka dot pandan pada hari jumaat ^_^

assalamualaikum..

selamat hari jumaat semua, semoga berbahagia hendak nya :)

hari ni bangun awal sikit dari biasa sebab nak main masak masak..

disebabkan apam polka dot sangat comel, saya teringin nak buat mereka :D

senang je, seriously.

bahan bahan nya:


270 gm tepung gandum - ayak
3 sudu kecil serbuk penaik - ayak
150 gm susu segar
3 biji telur
230 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovelette
1 sudu besar pes pandan
pewarna hijau
sedikit kaya - inti


cara membuat:


masukkan telur, esen vanila, gula halud dan ovelette ke dalam bekas. putar dengan kelajuan impak maksima sampai adunan kembang.


masukkan tepung berselang seli dengan susu segar sehingga habis. masukkan pes pandan.


bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna hijau dengan 3 tona warna berbeza.


masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas, cuit kaya sikit di tengah dan masukkan adunan lagi sehingga hampir penuh.






gunakan piping bag yg diisi adunan mengikut color sesuka hati dan buat dot dot di atas mangkuk kertas yg sudah diisi adunan tadi.


kukus selama lebih kurang 10 minit.


dan akhir nya siap... tadaaaaaaa




nota dotdot:

kat bahagian bahan2 tu kan kena guna pes pandan. pes pandan tu adalah perasa pandan tau. jenuh aku tawaf banyak kedai, rasa tak jumpa pun yg dinamakan "pes". lastly baru tau pes tu perasa. bhahaha

lepastu mengikut bahan2, kan susu segar 150 gm kan? aku tak perasan pun "gm" maka nya aku sukat 150 ml. tak sukat pulak sama ada 150 gm dengan 150 ml tu sama ke tak. tapi nasib jadi. bhahaha 

kat cara membuatnya yg part 1, telur tu masuk je 3 bijik tu terus, tak perlu pun masuk sebijik sebijik~ apam ni tak la seleceh masak kek, kena masuk sebijik sebijik ye anak2~~

kemudian, kan ada 3 layer kan masa nak masuk adunan dalam bekas (1.layer paling bawah, 2.kaya kat tengah, 3.adunan untuk tutup) sila pastikan kaya tu tak keluar adunan, means make sure tutup kaya tu dengan adunun semolek mungkin. kalau tak, ia akan buruk macam gambar bawah yg anak panah tu. lawak dan hodoh kan? bhahaha

mangkuk kertas tu mesti di-support dengan letak kan ke dalam loyang bulat bulat macam kat gambar first tu tau. kalau tak, habis hancur lunyai.


so yg atas ni hodoh la ye. rejected, makan laju2.

boleh modify resepi. kalau tak nak buat perisa pandan, boleh biat perisa strawberry contoh nye. just tukar perasa pandan tu dengan perasa strawberry dan juga color boleh guna color merah mak ngah. filling nya, boleh masuk kan jem strwaberry. dan susu segar boleh ditukar dengan susu strawberry. dapdapdap~~~

selamat mencuba kawan kawan :)

Wednesday, May 30, 2012

Friday, May 25, 2012

free education, ptptn, ptptipu and so on


first of all, korang boleh click sini untuk shopping beg yg cantik dan murah :)


assalamualaikum...

salam petang jumaat yg sejuk. hari ni baru sejuk sikit eh sejuk banyak since sabtu lepas aku balik rumah...

by the way, siapa tengok debat ptptn 2 3 hari lepas? hari selasa tak silap (baru cuti seminggu, otak dah karat)

semua orang kenal KJ kot, tapi semua orang mesti tak kenal rafizi ramli (RR) kan? termasuk aku. haha. at last baru tau siapa RR after people keep sharing on facebook. apa yg buat aku excited, sebab background RR adalah sama dalam bidang aku (boleh pulak macam tu) tapi aku tetap rasa hujah RR far away better than KJ (sorry to say to KJ's fan)

bercakap mengenai ptptn, since isu ptptn diminta untuk dimansuhkan. menarik pulak bagi aku. bukan apa, dengar sana sini melatah nak tunjuk hebat kan?

kata kata si polan senang cerita aku panggil biawak (ikut kata dr azizan osman, biawak ni yg pandai cakap je), yg aku dengar live la ke telinga capang aku ni:

dah pandai pinjam, pandai la bayar..

belajar pun tak pandai, hutang tak nak bayar

suka hati je tak nak bayar hutang, bankrup la mesia

banyak lah lagi.

so ayat diorang ni sangat la annoying. kalau la diorang fikir (kalau la boleh nak fikir lebih sikit kan?) tak semua orang kaya macam kau la. (yg aku dengar ni sure la dari tempat belajar aku kan, and dari kawan2 facebook aku dari kolej yg sudah pasti dapat MARA) kau tau ke interest dia berapa? kau boleh cakap la sebab kau tak rasa. sebab kau mampu. kalau kau pun tak mampu, kau pun mesti mintak ptptn so that u know.

aku setuju sangat kalau cuma ipts yg betul2 berkualiti je dibela. yg ala ala rumah kedai ke yg tumbuh macam cendawan lepas hujan ni dikawal. boleh ke diorang bagi kualiti yg baik? sebab ikut pengalaman aku kat kolej dulu, asal nya kolej biasa je yg diganbung jadi 1. tapi bukan main dapat MARA full loan, memang senang sangattt lah hidup aku dulu. untung juga aku rasa dapat kualiti belajar yg memuaskan, di samping facilities yg bagus.

tapi, bagi aku tak adil sebab kelebihan diberikan kat ipts. walhal, yg ke ipta tu dah tentu yg lebih cemerlang kebanyakkannya. so diorang lebih layak dapat kelebihan MARA tu. dan yg ke ipts tu sudah tentu yg mampu bayar, yg bukan nya kais pagi makan pagi, setiap kali nak makan kena mengais.

apalah sangat nak bagi free education untuk rakyat daripada duit tu dibazirkan tak tentu hala dengan program2 tah apa2 dengan program maksiat macam himpunan sejuta belia bagai kau undang segala k pop tah apa apa pop dengan huha sana huha sini. 

dan point sebenarnya adalah free education, bukan ptptn. dan bagi aku, MUSTAHIL la kan kerajaan nak mansuh kan ptptn, sedangkan interest pun mencanak. cukup la kalau interest tu takde. ptptn tu pun perlu jugak untuk duit sara diri.

aku setuju sangat dengan RR kalau korang tengok debat ptptn tu. kalau kau boleh fikir sesuatu bila tengok debat tu, u really got what i mean. aku pun tak tau nak hurai kan macam mana. 

untuk biawak2 yg cepat melatah, try to put yourself in other shoes. mungkin la kau tu kaya, atau pun kurang la kelayakan nak masuk ipta so tak merasa nak "dapat" ptptn. that is why kau ke ipts. so jangan cepat sangat membiawakkan diri kamu cakap ikut sedap lidah je. people judge u based on your words. 

actually aku bukan ambil port sangat pasal mana la KEKAYAAN duet negara ni bocor kan, kata kaya tapi mintak free education pun memang tak dapat. lepas tu sibuk nak kata kelantan paling miskin. kau rasa sekarang siapa yg HARAM JADAH? ehh tetibe tapi aku tengok surrounding yg ada jugak certain biawak yg memang dasar biawak kalau bab bercakap. memang aku tak heran pun setakat dasar biawak yg bercakap, tapi stress pulak aku dengar, sebab aku dalam surrounding tu.

maaf la, sounds harsh kan? tapi ni belog aku yg konon nya aku bercakap dengan seseorang sebab tak semua boleh dengar apa yg kita nak cakap.

u have your own thoughts, so do i

 :)

Wednesday, May 23, 2012

hello ladies, handbags in the house ^_^

 assalamualaikum...

selamat hari rabu semua, petang ni kurang panas dari biasa :D

entry hari ni saya nak jual jual pulak. actually memang dah lama saya menjual tapi by hand je, belum pernah lagi thru social networking ni. however, saya nak habis kan stock handbags ni semua, sebab next sem saya involve dalam final year project, so it's a bit hard for me to continue my business. so i would like to make a clearance :)

let's start, yeeehu! 


bismillah....

berita gumbira, 5 pembeli terawal - free postage! 

beg ni ada tapak, ada tali panjang. tapi kalau pegang macam mak datin, lebih gojesss.. 
(sold)


leia, tinggal 1 color dari 6 colors. yg lain semua sold out, kain dia lembut, agak luas utk berbeg duit yg besar2. dont worry sebab ada tali panjang :)


honey rm30. sesuai pakai hari2, sesuai utk remaja belasan, u may look young as ur age. saya pun pakai color purple. so simple. ada tali panjang.


kelly, beg yg comel, dgn color hot red yg sangat cantik. beg ni leper je.. material adalah macam cushion kereta yg high quality..


actually ada 3 colors, tapi semua sold out, tinggal merah.. tali boleh adjust.


ini super comel, tinggal 1 color, very light pink. material sama macam yg kat atas, high quality pvc.
tali boleh laras nak paras pingang atau panjang.


sesuai pakai hari2, sesuai utk remaja belasan, u may look young as ur age. saya pun pakai color purple. so simple. sama dengan honey yg kat atas tu..ada tali panjang tau.


lucy yg super blacky, asal ada color light pink, tapi sebab ia sangat gojes, ia telah lama sold out. tali boleh adjust, lebar, beg cerut yg berbaloi2~


delia looks rugged but fancy. sebab material ala jeans tapi nipis. lebar, bertapak, ada tali panjang :)


delia 2 yg color light pink. santekkk
(reserved)




julie yg ada 3 compartments. ribbon movable. lebar, saya ada 1 color turqoise :)






sally 2 function bag. boleh menggayakan sally dalam 2 cara macam kat atas, lebar, muat utk carry on telekung.. berbaloi2~



postage cuma tambah rm3.00

selebihnya saya bagi subsidi. ini kira introduction la. sebab saya baru start berbuisness thru blog. 

kalau nak tau lebih lanjut, sila la tinggal kan komen kat bawah ni. atau boleh juga email kan ke nina_luvlystar@yahoo.com
saya akan reply secepat mungkin..

untuk lebih pantas, sila sms saya 0123076292

nak survey, adakah preloved items sangat digemari?

saya nak jual tudung, dress, handbag, yg masih sangat elok dan disayangi. malang nya banyak sangat sampai tak terpakai, membazir je kalau simpan tak terusik. -,-'

soon, tudung bawal bercorak. rm15 saja termasuk postage :)

Tuesday, May 22, 2012

hello holiday!


assalamualaikum. a quick entry.

i am in holiday mode. for 2 months and 2 weeks. 

however, ill be back to gombak 2 weeks more for my final year project. omg but it's ok, once in a lifetime je pun. then ill be finish with all those things. 

i deactivated my twitter 10 days ago. i feel annoyed with some friends there. nak  unfollow macam tak sampai hati. nak block apatah lagi. so i decided to deactivated for 30 days and my account will be reset for 0 follower and following. then i will add back the friends that i feel COMFORTABLE WITH ONLY. 

sebab aku rasa social network aku adalah untuk dikongsi dengan orang aku rasa selesa. it's ok to have the different thoughts, but do respect other's too. and please don't ask others to follow u, because they have their own reason. 

RESPECT, is all i need.

same with facebook. i have not much feeling towards it anymore. since profile aku dah transform kepada timeline yg bajet canggih tu, eventhough it only appears at me, it really hurt me. hilang mood nak online tau T_T

oh ye, terasa nak buat preloved items sale la.. sebab banyak sangat baju, tudung/shawls yg tak terpakai. 

till then, daaaa~~

by the way, salam bulan rejab semua.. :)